About Me

Akan terus terngiang2 di telingaku ini…
Khabbab bin Al-Aratt telah bercerita begini: "Kami telah datang menghadap Rasulullah SAW pada ketika beliau sedang berdoa di tepi kaabah dengan keadaan duduk beralaskan kain selendangnya. Kami mendekatinya sambil menyatakan maksud kami yang sebenar dengan berkata: "Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak berdoa memohon Allah memberi kemenangan kepada kita?" Maka Rasulullah SAW pun menjawab: Sebenarnya orang-orang sebelum kamu (orang beriman) telah diseret ke suatu tempat lalu digali sebuah parit dan dihumban ke dalam parit itu,  juga ada yang digergaji dari kepalanya hingga terbelah dua; dan juga yang badannya disikat dengan pencakar besi hingga terkeluar daging dari tulangnya. Semua ini tidak menyebabkan dia menjauhkan diri dari agamanya. Demi sesungguhnya Allah pasti akan menyelesaikan pekerjaan ini (pekerjaan mendakwahkan iman dan akidah). Pada ketika itu seorang musafir dari Sana'a (ibu kota Negeri Yaman) dan Hadhramaut (Negeri berbukit-bukau yang pada ketika itu dipenuhi perompak dan penyamun) akan selamat sampai ke tempat tujuan tanpa gangguan. Dia akan sampai dengan aman tidak takutkan apa-apa gangguan pun dari sesama manusia. Yang ditakutinya ialah Allah dan serigala yang mungkin datang membunuh kambing ternakannya, tapi kamu sekalian terlalu gopoh (mahukan kemenangan secara cepat)."
(Riwayat Bukhari)


Ringkasan tentang diri:

Muhammad Izzuddin Bin Selamat. Gelaran sebagai Abu Mujahid. Mahasiswa Tahun Akhir dalam Bidang Tafsir di Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti al-Azhar, Mesir . 
Bercita-cita melihat Islam dihayati dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan dunia sebagai satu cara hidup yang menyeluruh. Menjunjung pemikiran Hasan al-Banna dan Syed Qutub sebagai penyelesaian untuk mengembalikan Islam ke puncak dunia.
Menggemari pendekatan yang terbuka, kreatif, dinamik, rasional dan idea di luar kotak kebiasaan dalam menyampaikan mesej-mesej Islam tanpa melewati sempadan syariat. Menolak sama sekali cara kekerasan, keganasan dan menghalalkan tindakan dalam mencapai cita-cita peribadi ataupun organisasi.
Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
"إن لم أكن مجاهدا, لوددت أن أكون مجاهدا "