Meskipun dunia hari ini yang dikuasai fahaman kapitalis dan generasi mudanya dimanjakan dengan budaya hedonisme dan material. Allah s.w.t telah merahmati keluarga contoh ini yang telah menunjukkan kepada kita seolah-olah Kisah Para Sahabat r.a kembali berulang . Mereka telah menunjukkan bahawa faham, pengorbanan, thabat dan jihad yang tidak mustahil berlaku di zaman moden ini....
As-Syahid Syed Qutb (1906- 1967)
Muhammad Qutb (1919-kini)
Aminah Qutb (1927-2007)
Hamidah Qutb (1937-kini)
Muhammad Qutb (1919-kini)
Aminah Qutb (1927-2007)
Hamidah Qutb (1937-kini)
Mereka adalah lambang keluarga contoh yang mengalir daripada sumber dan pegangan yang teguh kepada Islam. Keluarga yang berasal dari Asyut, Selatan Mesir ini dibesarkan dalam suasana penuh barakah yang dipenuhi iman dan dibawah pemeliharaan Allah s.w.t. Ayahanda mereka berempat bernama Haji Qutb Ibrahim, seorang lelaki yang kuat berpegang dengan agama dan mempunyai kedudukan yang dihormati masyarakat. Perkara ini jelas terpancar pada anak-anaknya: Syed, Muhammad, Aminah dan Hamidah. Ibu mereka terkenal sbg seorang yang mementingkan Islam dan akhlak yang baik dan mulia. Dengan penjagaan penuh rapi kedua tangan ibu dan ayah inilah rumah mereka dipenuhi dengan anak-anak yang bangkit menjadi pendokong Islam di hari muka.
(as-Syahid Syed Qutb)
Karya agung beliau: Maa'alim fi Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan) telah membawanya ke tali gantung. Pelbagai pihak cuba memujuk supaya Presiden Gamal Abd Nasir meringankan hukuman termasuklah Presiden Iraq ketika itu, Abdul Salam Arif
Karya agung beliau: Maa'alim fi Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan) telah membawanya ke tali gantung. Pelbagai pihak cuba memujuk supaya Presiden Gamal Abd Nasir meringankan hukuman termasuklah Presiden Iraq ketika itu, Abdul Salam Arif
Syed Qutb menceritakan sendiri pengalamannya ketika kecil:
"Saya mula membaca al-Quran ketika saya masih kecil lagi. Walaupun fikiran saya ketika itu masih tidak cukup untuk memahami maksud dan kehendak ayat-ayat ini, cuma saya dapat rasakan sesuatu. Setiap kali saya membaca al-Quran ianya tergambar dalam khayalan saya. Gambaran ini memang aneh, tetapi saya dapat rasakan kepuasan dan keseronokannya.”Bermacam-macam lagi kisah menarik tentang adik-beradik ini. Tidak larat rasanya saya menulis satu-persatu tentang kisah suka dan duka mereka. Cukuplah saya menutup kisah keluarga ini dengan pendirian Syed Qutb ketika diminta menandatangani surat pengampunan daripada Rejim Gamal Abd Naser :
“Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang yang zalim.”
(Muhammad Qutb)
Anak kedua daripada adik-beradik Qutb masih hidup pada hari ini. Sekarang menetap di Mekah, Arab Saudi. Buku-buku tulisan beliau seperti: Salah faham terhadap Islam, Bingkisan Hadis-hadis pilihan daripada Rasulullah s.aw dan Adakah kita Orang-orang Islam? telah digunapakai sebagai silibus yang dikaji seluruh dunia di kebanyakan program pendidikan mereka.
Anak kedua daripada adik-beradik Qutb masih hidup pada hari ini. Sekarang menetap di Mekah, Arab Saudi. Buku-buku tulisan beliau seperti: Salah faham terhadap Islam, Bingkisan Hadis-hadis pilihan daripada Rasulullah s.aw dan Adakah kita Orang-orang Islam? telah digunapakai sebagai silibus yang dikaji seluruh dunia di kebanyakan program pendidikan mereka.
Beberapa pengajaran yang saya dapt simpulkan daripada bacaan saya terhadap sejarah keluarga ini:
1. Keluarga adalah aset terpenting dalam pembentukkan peribadi anak-anak.
2. Islam adalah perisai kepada anak-anak yang terdedah dengan Jahiliyah Moden hari ini.
3. Ibu bapa mestilah memberi peluang kepada anak-anak memilih bidang kepakaran mengikutkecenderungan mereka.
4. Bahasa arab adalah medium terbaik memahami Islam dan merasai kehebatannya.
5. Contoh teladan abang sulung akan memberi kesan yang besar kepada adik beradik yang lain.
6. Dakwah adalah NUMBER ONE PRIORITY bagi sesebuah keluarga Islam. Segala pertimbangan yang dibuat mereka adalah berdasarkan neraca ini.
7. Sastera adalah bidang yang perlu dikuasai oleh pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam di dalam bentuk yang menyentuh jiwa, menggerakkan perasaan dan mengesani pendengar.
(Hamidah Qutb tersenyum melihat abangnya Syed Qutb)
Syed Qutb benar-benar menjadi inspirasi kepada adik-beradiknya yang lain dalam thabat, pengorbanan dan jihad menegakkan kebenaran.
Syed Qutb benar-benar menjadi inspirasi kepada adik-beradiknya yang lain dalam thabat, pengorbanan dan jihad menegakkan kebenaran.
Kehidupan kita yang penuh dengan pancaroba sehinggalah kita masuk ke liang lahad. Kita tidak dijamin akan aman daripadanya. Moga Allah menetapkan hati kita semua dan bersungguh-sungguh supaya Islam ini kekal di hati kita semua dan anak cucu kita.
**catatan sempena kepulangan Angah , Kak Battah dan Ezzat yang comel ke Malaysia setelah selesai pengajian dan perkhidmatan di Mesir. Minta maaf, Allah masih tidak mengizinkan hingga ke saat ini saya hadir dalam event2 penting yang melibatkan kamu sekeluarga, next exam sama hari dengan flight.
Takpe din, tak dapat jumpa di dunia kita mohon izin Allah jumpa di syurga nanti ................. .........Jangan lupa kirim kami ..... DOA ..............
ReplyDeleteVery inspiring, touching, meaningful.
ReplyDeleteBarakallahu fik, ya pokda. Keep writing. We're waiting.
(bilal_j)