Showing posts with label Hari dalam Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Hari dalam Hidupku. Show all posts

Tuesday, April 17

Semuanya baik-baik belaka


Kehidupan.
Penuh dengan segala ujian yang tidak kenal henti samada berbentuk fizikal atau emosi.
Dia-lah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun (Surah al-Mulk:2)
Akhir-akhir ini saya banyak diuji oleh Allah s.w.t dalam perkara yang saya tidak pernah saya sangka dan berlaku dalam tempoh berturut-turut...Hasbiyallah wa ni'mal wakil.

Sama ada ujian fizikal jasad, ujian perasaan emosi, ujian amanah yang berat dan bermacam2 lagi. Pengalaman saya sebelum ni selalunya ia akan datang apabila ada sesuatu yang besar bakal digalas oleh tubuh saya yang kerdil dan hina ini... Bila difikir-fikir semula, mengapa? Oh, mengapa?

Jika saya mengikut sahaja nafsu dan perasaan, sudah pasti saya menyerah kerana betapa lemahnya jiwa ini.

Namun....

Alangkah indahnya hidup bertemankan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w di sisi....
Dunia yang sempit akan terasa lapang
Dada yang sesak akan kembali tenang
Jiwa yang gelisah akan terus aman

Pergantungan kepada Allah secara mutlak dengan penuh rendah diri, akan terasa teguh dan stabil. Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah.

"..Terimalah apa yang telah Allah berikan pada kamu dan jadilah mereka yang bersyukur.." (al-A'raf:144)

" Sesungguhnya bisikan itu daripada syaitan untuk membuat orang beriman bersedih..." (al-Mujadalah:10)

ما من عبد تصيبه مصيبة فيقول : إنا لله وإنا إليه راجعون . اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها - إلا أجره الله في مصيبته . وأخلف له خيرا منها
Mana2 musibah jika menimpa seorang hamba, dia berkata: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berikan aku pahala atas musibah yang menimpaku dan gantikan bagiku perkara yang baik daripadanya- melainkan Allah memberinya pahala dan menggantikan yang lebih baik untuk dirinya (Riwayat Muslim)
Benar janji-Mu ya Allah...
"...tiada sekali-kali apa yang menimpa kami kecuali telah ditetapkan Allah utk kami.." (at-Taubah:51)
"...barangkali Allah mahu membuat sesudah itu satu hal yang baru." (at-Tolaq:1)

"Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan" (al-Insyirah:6)

لا يصيب المؤمن من مصيبة ، حتى الشوكة ، إلا قص بها من خطاياه ، أو كفر بها من خطاياه
Seorang mukmin tidak ditimpa musibah walaupun dicucuk duri kecik kecuali dipotong dari dosa-dosanya atau dihapuskan dosa-dosanya (Riwayat Muslim)

"..Kesejahteraan dan berbahagialah ke atas kamu kerana telah bersabar menerima cubaan-Nya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.." (ar-Ra'ad:24)

Saturday, April 7

Kalaulah Aku Seekor Burung


Orang selalu menyebut tentang ketenangan saya. Apa yang tenang tu...saya pun tak tahu.

# saya suka sejarah. saya suka realiti. saya suka perkara baru. saya suka cabaran. saya suka fakta. saya suka orang lain gembira.

# saya benci kekufuran. saya benci kemaksiatan. saya benci perkara yang menyakitkan orang lain. saya benci orang halang hidayah Allah.

semalam ISMA-Mesir menganjurkan SEMINAR AGENDA UMAT.

# saya suka sebab benda baru di Mesir. saya suka sebab kita boleh duduk bersama. saya suka kita berbincang demi masa depan Islam. saya suka ada tenaga baru.

# saya benci permusuhan. saya benci pemikiran sempit. saya benci usaha musuh menghilangkan fokus umat.

hari ni saya menangisi kehinaan umat. biasanya, tempoh yang lama akan diambil untuk duduk melakukan rutin ini. tengok video umat di Syria dan Palestin. dengar lagu jihad mereka.

# saya suka kerana memberi saya semangat untuk terus bekerja.

# saya benci dengan terhijabnya kemenangan kerana dosa-dosa para pendakwah.

Esok hari pula bagaimana? Untungnya jika Aku dijadikan seekor burung :(

# supaya tidak dihisab akan dosa2ku di Mahsyar

# supaya tidak diazab di Neraka kelak

Di sana, tiada yang jamin suka benci kita bagaimana....Hanya rahmat Allah yang menentukan pengakhiran kita...

وأن إلى ربك المنتهى
Dan kepada Tuhan engkaulah segala pengakhiran" (Surah an-Najm:42)

Teruslah beramal ke tujuan engkau diciptakan di dunia ini! Tiada masa untuk memangku tangan dan menangis berpanjangan.... Be the change you want to see in the world

saat jiwa bermonolog:
2.00 pagi. 8 April 2012.
Abu Mujahid, Mansurah, Mesir.

Tuesday, March 13

Perkahwinan... Satu Kenangan Diimbau Semula

17 Mac 2012. Alhamdulillah. Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fikhair. Hari ini teman seperjuangan saya sejak di bangku sekolah lagi, Ustaz Haidar bin Mahmud telah selamat diijabkabulkan. Semoga Allah memberkati ikatan yang suci ini.

Ustaz Haidar (berbaju ungu) tiga dari kiri bersama saya, Ustaz Muhammad dan Ustaz Hanif.

Saya mempunyai pengalaman peribadi bersama beliau yang sangat banyak. Melihat wajah gembira beliau pada hari ini sudah cukup mengembirakan hati saya. Kami bersama2 mengenali dan meniti jalan dakwah ini dan mendapat asuhan Islam dalam realiti dunia yang menolak Islam. Selamat melangkah ke tingkatan amal seterusnya dalam projek Islam kita.
"Zaman ke depan ni...ana rasa mungkin ana dah tak valid. Zaman tu antum semualah yang akan pimpin dakwah di Malaysia. Jadi, kena ada gaya memimpin dari sekarang la.."
jawapan sang Murobbi terhadap persoalan saya tentang perlunya pendakwah menguasai teknologi dan ilmu-ilmu semasa. Kalau tak silap, ini kerana post-mortem yang saya sampaikan pada sang Murobbi dalam aktiviti yang kami anjurkan pada awal2 kami mengenal jalan ini.
"Dakwah kita mahukan juga orang seperti Abdul Rahman bin Auf, Khalid al-Walid, Uthman bin Affan. Jangan bayangkan pendakwah mesti cikgu. Engineer, doktor dan lain-lain pun pendakwah"
komen sang Murobbi terhadap cita-cita saya mahu menjadi seorang cikgu sekolah sahaja. Impian yang lahir dek terkesan dengan Hasan al-Banna yang mampu menggegar bumi Mesir walaupun beliau cikgu sekolah sahaja!

Sang murobbi sering membuka ufuk pemikiran kami. Mengenang kembali saat-saat awal mengikuti tarbiyah dan melihat fasa perkembangan dakwah yang semakin pesat setiap hari membuatkan saya sering berfikir 20-30 tahun akan datang pula bagaimana?

Apakah yang akan terjadi jika pimpinan dakwah hari ini meninggal dunia, dipenjarakan atau keluar dari perjuangan dek kerana ujian dunia yang tak kenal henti?
"Matlamat asasi perjuangan ialah "Melakukan Reformasi Kepimpinan ataupun dalam erti kata lain membersihkan bumi ini daripada kepimpinan yang tidak baik, penuh kezaliman dan penindasan lalu digantikan dengan kepimpinan yang baik dan soleh. Manusia keseluruhannya lupa kepada matlamat tersebut bagi kebanyakkan Muslim, mereka hanya melihatnya sebagai strategi politik dan lupa kepentingan serta kedudukannya didalam agama. Sementara golongan bukan Islam -dengan mengambil kira sikap negatif dan bencinya mereka terhadap Islam - seakan tidak menyedari bahawa semua kerosakan serta bencana yang menimpa manusia sebenarnya adalah kesan dan tangan-tangan kepinpinan yang buruk. Sedangkan kebahagiaan serta kesejahteraan hanya akan dirasai apabila dunia ini dipimpin oleh pimpinan yang soleh lagi adil!" (Pemuda dan Perubahan, Abul Ala al-Maududi)
Perubahan yang kita inginkan bukanlah melalui revolusi berdarah atau menumpukan sepenuh tenaga kepada pilihanraya semata-mata. Tetapi menyebarkan rahmat dan kasih sayang melalui dakwah Islam di tengah-tengah masyarakat. Memahamkan masyarakat akan hakikat Islam yang sebenar. Kemuncak perkara tersebut adalah masyarakat sendiri menuntut perubahan. Perubahan Islam. Perkara tersebut tidak mampu dicapai kecuali dengan dakwah dan tarbiyah. Perkembangan dakwah dan tarbiyah pula mesti seiring. Melahirkan rijal yang kukuh ilmunya, mantap imannya, baik pekertinya satu perkara manakala menyebarluaskan kefahaman Islam sampai ke setiap ceruk tempat adalah dua kerja yang sentiasa berdepan dengan halangan dan ujian. Tergesa-gesa atau bersabar adalah cabaran yang sentiasa berlegar2 dalam topik ini.
Keluar sebentar ke padang pasir di Mesir mengambil sedikit semangat. Membayangkan bagaimana para sahabat merentas bahang mentari untuk menyampaikan Islam dengan menaiki unta dan kuda tanpa banyak mengeluh. Kefahaman yang silap bagi sesiapa yang menyangka dakwah 13 tahun Nabi s.a.w hanya menumpukan aspek pembinaan diri sahaja dan mensia-siakan peluang untuk berdakwah kepada masyarakat umum. Sahabat dididik supaya terus menyampaikan Islam sebaik sahaja mereka mengucapkan syahadah. Abu Bakar mengislamkan 6 orang sahabat, Umar mengisytiharkan keislamannya di hadapan kaabah, Abu Zar pulang ke kaumnya Ghiffar berdakwah dan mengislamkan mereka bahkan Nabi s.a.w terus-menerus berdakwah hingga masuk ke setiap khemah semasa musim Haji! Jika ada yang menyahutnya, mereka dididik oleh Nabi s.a.w untuk pemantapan akidah, akhlak dan lain2. Perkembangan ini sangat menakutkan Quraisy hingga terpaksa menggunakan teknik penjara, seksa dan bunuh bagi menyekatnya.

Tarbiyah: Melahirkan Rijal kerana merekalah yang akan memimpin dan memandu amal dakwah. Merekalah penjaga amanah risalah Langit ini. Pada sifir Islam, kesemua rijal adalah pemimpin. Memimpin adalah satu kewajipan. Seorang pemimpin mesti dididik dengan Islam yang tulen dan asas syariah yang kuat. Lantas kehidupannya dikawal dengan interaksi diri dengan Allah. Sebarang kecelaruan amal dan penyelewengan akan berlaku bila bilangan mereka ini sedikit dan tiada penambahan. Perubahan Islam tidak bergantung pada sesuatu generasi sahaja tetapi berterusan dan berlapis-lapis generasinya. Kita bukan melahirkan generasi pak turut tetapi keimanan terhadap apa yang diimaninya akan menolak diri untuk terus bergerak.

Dakwah: Menyebarluaskan Kefahaman Islam melalui corong-corong radio, kecanggihan media, penempatan diri para du'at sebagai tokoh-tokoh masyarakat, pendirian-pendirian Islam yang memimpin pandangan umum masyarakat sehingga nama dakwah ini sampai ke kampung-kampung di pendalaman dan menjadi buah mulut di seluruh negara. Pendokong risalah ini semakin bertambah dari hari ke hari. Namun, tong-tong kosong tidak akan mampu membawa kita ke matlamat yang diinginkan. Perlu kepada "isi" bukan sekadar "kulit".

Semua ini tidak saya dapati daripada perjumpaan seminggu sekali usrah, daurah dan katibah yang bersifat sebulan sekali. Tetapi dengan perjumpaan berterusan di luar usrah, panggilan telefon tanpa henti dan saling berutus email dan sms. Menjaga momentum tarbiyah dalam aktivisme kita. Benarlah kata-kata Hasan al-Banna:
Usrah bermula selepas tasbih kifarah dan surah al-Asr
"Dakwah dan tarbiyah ini membosankan..." lontar saya suatu hari kepada seorang teman.
"Biar betul!" beliau terkejut.
"Betul, baca buku tarbiyah dan ikut tips pemantapan dakwah ni sangat bosan!", ujar saya lagi.
"Apasal kau cakap macam tu?" tanya teman saya sambil menanti jawapan.
" Dakwah ni bukan teori. Nak manis kena buat. Cuba dan praktikkan. Awal2 boleh la semangat ikut program2 tarbiyah dan daurah2. Cakap semangat nak dakwah... menangis2 bila selesai program. Lepas 2-3 tahun kita ikut, kalau tak praktik apa yang kita dengar...tengoklah apa yang terjadi" terang saya hasil pengalaman saya yang cetek ini.

Kes Kematian adik Nurul Nadirah Abdullah menyentak emosi saya baru-baru ini. Wajah comel kanak-kanak kecil yang tidak berdosa ini sanggup dibunuh dan dibakar. Adik, tahniah kerana Allah telah memilihmu untuk berada di sisi-Nya. Bersabarlah Sang Ibu, Milik Allah apa yang Dia ambil. Milik-Nya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu ada tempoh tertentu disisi-Nya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah diatas kesabaran dan dugaan ke atasmu itu.

Terlalu banyak air mata yang keluar menangisi situasi umat Islam hari ini. Kenapa belum terlihat lagi hasil yang diharapkan dari perubahan realiti yang rosak dan penegakan bangunan Islam walaupun telah begitu lama masanya? Sampai bilakah jalan tarbiah dan penyedaran itu berterusan? Adakah telah terjadi penyelewengan dari jalan, lalu tidak sampai kepada tujuan yang diharapkan?
Faktor zaman tidak dapat diukur dengan umur individu, tetapi diukur dengan umur ummah dan dakwah. Umur dakwah Islam sekarang ini sudah lebih empat belas abad dari zaman itu. Sekiranya kita pandang, kita akan dapati bahawa kedudukan pemerintahan Islam pernah sampai ke kemuncak keagungannya, telah mula surut dan mundur semenjak beberapa abad yang lalu. Bermula dari hilangnya negara Islam dari Andalusia dan terus-menerus surut dan turun sehingga tiba darjat yang paling kecil dan sampai kepada keadaan yang paling lemah dengan tumbangnya pemerintahan Turki Uthmaniah pada tahun 1942. Untuk mengulang kembali pemerintahan Islam sejagat, kita akan merasa lama jika ia memakan masa satu abad untuknya. Kita merasa gembira melihat dan mendengar berita-berita yang menggembirakan tentang timbulnya kembali kesedaran Islam yang nampak nyata semenjak sepuluh tahun yang lalu terutamanya di kalangan angkatan muda Muslim. Kita melihat semula kebangkitan Islam dan suara-suara Islam itu setelah nyenyak tidur. Itu dipandang sebagai alamat baik. (50 Tahun di atas Jalan, Mustafa Masyhur)
Perubahan itu akan tiba jua. Allah s.w.t sendiri yang menentukan bila masanya. Perubahan kepimpinan daripada jahat dan rosak kepada soleh dan bertakwa. Islam pasti akan muncul sekali lagi. Mengesat air mata dunia. Persoalannya: Adakah kita faktor yang membawa perubahan itu?

Teruskan bekerja sahabat. Kita tak kenal henti

p/s: satu catatan selepas selesai majlis perkahwinan sahabat saya yang penuh gembira. Dedikasi juga buat semua anak-anak Islam yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan

Thursday, January 12

Ha, kan dah susah!

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi orang yang berfikir). (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah! Lindungilah kami daripada azab neraka". (Ali Imran: 190-191)
12 januari 2012. Allah selalu mengajar diri saya supaya memandang satu perkara secara luas. Celikkan mata dan belajar satu perkara dari sesuatu peristiwa. Lebih kurang macam teguran direct from Him dalam hidup ni.

Saya baru selesai exam paper Hadis Mauduie (subjek membincangkan sesuatu isu dalam kehidupan manusia dengan hanya menjadikan Hadis Nabi sebagai dalil perbahasan. cth: Isu Pendidikan di dalam Islam. So, segala macam hadis Nabi s.a.w berkaitan pendidikan akan dibahaskan). Hadis adalah sumber rujukan kedua umat Islam selepas Quran. So, sebagai mahasiswa Pengajian Islam, semestinya kemampuan mereka menguasai sumber ini yang menentukan kuat atau rapuh ilmu mereka.

Paper hari ini memang mencabar dan benar2 menguji part kekuatan hafalan saya semata2. Dengan izin Allah, jika soalan meminta dalil2 al-Quran akan lebih mudah bagi saya. Tetapi 70% soalan kali ini meminta para pelajar memberikan matan2 (teks) Hadis untuk isu2 yang dibahaskan. Saya sudah menjangkakan soalan berbentuk begini akan keluar tapi tidaklah peratusannya setinggi 70%. So, hari ini memang menguji kami di Tahun 4 ni. Tajuk perbahasan pula bukan calang2 tajuk tapi tajuk yang saya kurang berinteraksi dengannya sebelum ini. "Isu2 Utama Wanita di dalam Islam". So, hadis2 sudah tentu berkaitan dengan wanita from A to Z. Oleh kerana itu saya rasa sangat sukar kerana terpasksa menghafal perkara yang baru dalam jumlah yang bukan sedikit.

Ketika di dewan peperiksaan, saya memerhatikan teman2 saya berkerut dahi mereka melihat soalan. InsyaAllah ustaz2 semua. Pasti antum dimudahkan Allah. Jangan risau, ceriakan wajahmu :)

Di dalam bidang hadis, pengelasan taraf seseorang ulama' di dalam Islam adalah berdasarkan berapa banyak hadis yang mereka hafal kerana mereka bertanggungjawab mengeluarkan sesuatu hukum.
Muhaddis: orang yang mahir dengan hadis dan menghafal kurang daripada 100,000 hadis.
Al-Hafiz: Menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya.
Al-Hujjah: Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300,000 buah hadis termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya.
Al-Hakim:Mengetahui segenap hal berkenaan hadis, menghafal lebih daripada 800,000 buah hadis.
Amirul Mukminin fil Hadis: Darjat tertinggi di kalangan ahli hadis. Menguasai semua hadis dan segala cabang ilmunya. Tidak ramai ulama' mencapai taraf ini antaranya Imam Syukbah al-Wardi, Imam Malik, Imam Bukhari dan Ibnu Hajar al-Asqalani.
Alangkah jauhnya diri kita dalam mencapai taraf begini. Mahasiswa Pengajian Islam mesti berusaha menghafal dan menghafal kerana inilah kerja asasi anda di sini. Jauhkan masa lapang kita dari terisi dengan perkara2 yang kita sendiri tahu baik buruknya.

Pengajaran No. 1: Hafalan perlu sentiasa diulang2 dan dijaga daripada hilang. Jika tidak ia akan berkarat. Bila sesuatu alat berkarat, sangat sukar menjalankan fungsinya.

Pengajaran No. 2: Tips saya yang boleh dikongsikan: Rajin mengulang + Jauhi dosa = Kuat Ingatan. Teringat jawapan ustaz saya ketika di maahad tahfiz dulu, Ustaz Abdul Muhaimin ketika ditanya dalam kuliah mingguan beliau:
Adakah makan kepala ikan akan membuatkan kita pelupa?
Jawapan dia spontan tetapi mendalam:
Kita lupa bukan sebab makanan tapi sebab tengok peha nyonya.
**baru2 ni, saya dan kawan2 lepas kepenatan kerja2 seharian pergi berjalan2 di salah satu tempat istirehat yang menarik di Mesir. Bila kami selesai dan ingin pulang, tiba2 terdengar bacaan al-Quran dari sebuah kedai di situ.
"Wahai orang yang beriman! Mengapakah (keadaan) kamu, jika dikatakan: “Pergilah kamu (berjihad) pada jalan Allah,” kamu rasakan (keberatan seolah-olah) badan kamu terikat pada bumi? Apakah kamu lebih (merasakan) puas dengan dunia daripada akhirat? Maka tidaklah kesenangan kehidupan dunia ini (berbanding kesenangan) dalam akhirat kecuali sedikit." (Taubah:38)
Saya dan teman tergelak (bukan kerana memperlekeh). Tapi betapa Allah memberitahu bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kepenatan dan mengeluarkan keringat. Ya, kerehatan kita hanya di sana......Terima kasih ya Allah!

Saturday, January 7

Selayaknya kau bergelar AZHARI!

Semalam saya diberi kesempatan bertemu salah seorang tokoh mahasiswa al-Azhar yang saya kagumi. Alhamdulillah, berpeluang belanja orang seperti beliau apalah sangat jika dibandingkan lautan ilmu yang ada padanya. Beliau adalah qudwah bagi kami di Mesir dari sudut ilmu dan harakah.

Kami tidak menyucikan dan mengagungkan sesiapa kecuali Allah s.w.t

Ustaz Syamil Esa. Alhamdulillah, beliau memaklumkan pada saya, nama beliau sudah diterima untuk memasuki program Master di Universiti al-Azhar. Moga beliau dikurniakan kesabaran yang tinggi. Amin. Selalunya topik perbincangan saya dan beliau banyak berkisar mengenai aktivisme siswa, hukum fikah, isu2 tanah air dan hal2 peribadi. Di kesempatan ini, tujuan saya keluar makan dengan beliau hanya satu. Apakah peranan yang boleh kami sama2 mainkan dalam memperkemaskan pemantapan diri kami dan rakan2 mahasiswa di Universiti al-Azhar agar selayaknya bergelar Azhari?

Sambil menikmati hidangan ayam goreng di sebuah restoran terkenal di Mansurah, kami bertukar2 pandangan. Kami sudah memerhatikan saban tahun, graduan al-Azhar yang menamatkan pengajian mereka pulang ke tanah air. Bilangan mereka bukan sedikit tetapi 200-300 orang setiap tahun. Namun, satu persoalan.
Bagaimanakah impak yang sepatutnya berlaku kepada lanskap negara bila angka yang besar ini pulang?
Saya tidak ingin menyentuh sisi negatif dalam tulisan saya ini. Mana2 tempat di dunia ini pasti mempunyai kelemahan mereka yang tersendiri. Dan jiwa saya sendiri tidak suka menyalahkan sesuatu tetapi lihat apakah peluang dan ruang yang ada untuk kita gunakan secara optimum. Dari situ kita bergerak.

Antara isu besar yang melanda generasi muda hari ini ialah faktor keberkatan masa. Mengapa tidak just tulis "masa"? Nabi s.a.w pernah berpesan pada para sahabat:
2 nikmat yang sering dilupakan kebanyakkan manusia. Kesihatan dan masa lapang. (Riwayat Bukhari)
Ya Allah, berkatilah umatku di pagi harinya" (Riwayat Abu Dawud)
Generasi hari ini tidak kiralah mana tempat sekalipun, banyak menghabiskan masa mereka di hadapan gajet2 canggih dan aplikasi2 yang bermacam2 hingga mengambil banyak masa dari kehidupan mereka. Aplikasi2 iPhone, android, BB, FB, Twitter dan lain2 adalah nikmat Allah yang banyak memudahkan urusan kita pada hari ini. Namun, bagaimana kita men"catur"kan penggunaannya itu satu persoalan yang mesti difikir2kan.

Kerisauan kami adalah jika perkara ini berlaku kepada mahasiswa2 Pengajian Islam yang membawa Misi Agama:
Dan tidak seharusnya orang beriman itu pergi (berperang) semuanya, tetapi alangkah baiknya jika daripada kalangan tiap-tiap golongan itu keluar sebahagian (daripada mereka) untuk memperdalamkan pengertian tentang al-din (agama), dan (dengan demikian) membolehkan mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka kembali semula kepada mereka, supaya (kaum) mereka berwaspada" (Surah Taubah:122)
Kerja2 ustaz, ustazah dan golongan agamawan bukan sekadar mampu menjawab persoalan hukum fekah semata2. Tetapi lagi luas daripada itu. Memastikan negara dan masyarakat hidup berpandukan petunjuk al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan mereka. Dari bangun tidur hinggalah ke urusan pemerintahan negara.

Ya, seorang graduan Agama semestinya banyak menghabiskan masa mereka dengan sebaiknya.Saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Syamil bahawa kekuatan seorang Agamawan terletak pada sejauhmana dia menguasai ISTIDLAL SYARIE (dalil-dalil yang menjadi sandaran sesuatu hukum-hakam). Itulah kerja asasi mereka di sini. Dan itulah asas kepada peranan mereka di tanah air nanti. Caranya bagaimana?
Menghafal. Menghafal. Menghafal.
Berusaha menghafal al-Quran. Berusaha menghafal ratusan hadis Rasulullah s.a.w. Berusaha menghafal kata-kata Sahabat, Tabien dan para ulama' seperti Abu Hanifah, Malik, As-Syafie, Ahmad, Ibnu Hajar, Ibnu Taimiyah dan lain2.
شكوت إلى وكيع سوء حفظي * فأرشدني إلى ترك المعاصي
وأخبرني بأن العلم نور* ونور الله لا يُهدى لعاص
"Aku mengadu kepada guruku, Imam Waqi' akan lemahnya hafalanku,
Maka beliau menunjukkanku supaya meninggalkan maksiat
Dan memberitahuku bahawa Ilmu itu cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan masuk kepada jiwa yang penuh maksiat"
(Syair Imam Syafie menggambarkan keluhan beliau mengenai hafalan beliau yang hilang)
Adakah pendapat ini tiada asasnya? Tidak, lihatlah kepada tujuan pengumpulan al-Quran di zaman Abu Bakar. Apakah peristiwa yang mendorong kepada usaha tersebut? Saidina Abu Bakar pada awalnya enggan melakukannya kerana perkara itu tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah s.a.w. Namun, atas desakan dan rasional Umar al-Khattab maka cadangan tersebut diterima oleh semua sahabat Nabi s.a.w.Ya, peristiwa kesyahidan penghafal al-Quran yang ramai dalam Peperangan Yamamah telah membuka mata Saidina Umar. Kepentingan generasi yang menguasai al-Quran dan hadis. Cukuplah kisah Imam Syafie yang menhafal kitab Muwatto' karangan Imam Malik sebelum berguru dengannya sebagai tambahan.

"helwa?" sapa budak Arab di situ bertanya mengenai hidangan kami tu. "Quwais! Laziz awi!" balas kami masing2.

InsyaAllah, perbualan kami selesai dengan habisnya secawan aiskrim sundae strawberi. Setuju, hafalan sahaja tidak cukup. Perlu kepada satu support system yang kemas dan berkesan. Kami akan bincang lagi selepas ni, insyaAllah. Mudahan2 Malaysia mendapat rahmat daripada kepulangan graduan al-Azhar yang amanah terhadap ilmu dan tanggungjawab menyebarkannya kepada manusia.

Agar engkau selayaknya bergelar seorang Azhari!

Sunday, January 1

Jubli Perak: Ciptalah Kematian yang Anda Inginkan

Semalam masuk ke tahun baru, 2012. Wah! 25 years....macam2 "Idin...idin...idin...". Kisah hidup yang dilalui bermacam2....tak terkata.

Perkara biasa yang saya biasa lakukan adalah membuat analisis terhadap diri sendiri. Apakah yang telah saya raih setahun yang lepas? Apakah kekurangan yang perlu saya baiki untuk hari2 mendatang? Apakah target2 yang saya letak untuk diraih setahun kemudian?

Banyaknya soalan berkisar mengenai “APAKAH”. Bagi saya, masalah besar kebanyakan orang2 yang saya berinteraksi tapi tidak semua pada hari ini bukanlah pada bagaimana, siapa, bila atau mengapa. Masalah mereka adalah mereka tidak tahu apa yang ingin mereka buat dalam hidup ini. Ini sekadar pendapat peribadi. Sesetengah orang jelas mengapa mereka berada di sesuatu posisi dalam hidup ini. Namun, apakah yang patut mereka lakukan dan apakah yang terbaik untuk dilakukan mungkin berbeza. Di sini adalah titik terpenting kerana bagi saya, selepas ini tenaga dan kemampuan akan disalurkan pada apa yang kita letak.
Determine the thing that can and shall be done, and then we shall find the way.
(Abraham Lincoln)
Adapun yang masih tidak tahu “MENGAPA” mereka berada di dunia ini, saya doakan kita semua mendapat hidayah petunjuk dari Allah s.w.t samada dengan usaha kita sendiri atau perantaraan orang-orang yang salih dan baik.

Maaf ayat pening2….al-Quran sahaja yang boleh menerangkan dengan baik.
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Wahai Tuhan kami, sekarang kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami sekarang adalah orang-orang yang yakin” (Surah Sajadah:12)
ما ندمت على شيء ندمى على يوم غربت شمسه نقص فيه أجلى ولم يزد فيه عملي
“ Aku tidak menyesal akan sesuatu kecuali aku menyesal apabila melihat matahari terbenam, rupa2nya umurku semakin berkurang sedangkan amalanku tidak sedikitpun bertambah” (Abdullah bin Mas’ud r.a)
Before it is too late for all of us……isk2...isk2....

Bergambar di Stadium Olimpik Mansurah. Keluar sekejap melihat latihan skuad bola sepak ISMA-Mesir cawangan Mansurah, IMAN-FC sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya. Hati kecil menjerit ketika menyaksikan latihan mereka: Hoi bola! Geram aku melihat rupamu yang bulat. Tapi apakan daya....hanya senyuman je untukmu wahai bola.

Ketika saya sedang menulis ini, saya masih berusaha menghabiskan buku tulisan pensyarah saya di al-Azhar, Dr. Husain Abdul Hamid Ahmad al-Bar yang berkisar mengenai ayat-ayat mutasyabihat (nampak serupa tetapi tak sama) di dalam al-Quran. Tak rugi saya ambil bidang Tafsir (pada asalnya, Universiti al-Azhar mecadangkan saya dalam bidang Akidah dan Falsafah kerana result yg lebih strong dalam subjek2 bidang itu). Rupanya Allah mahukan saya lebih rapat dan memahami firman2-Nya kerana diri saya masih jauh lagi untuk memahami Perlembagaan Hidup saya ini dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah terus memberi saya rasa cinta kepada AL-Quran untuk dihafal dan diamalkan.

Alangkah seronoknya jiwa saya apabila membaca tulisan2 As-Syahid Sayyid Qutb, penulis Fi Zilal Quran ketika mengungkapkan bagaimana para sahabat berinteraksi dengan al-Quran sehingga berjaya menjadi Generasi al-Quran yang unik:
Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya, dan murni jalan hidupnya dari sebarang unsur yang lain daripada landasan Ilahi yang terkandung di dalam Al-Quran. Generasi sahabat-sahabat itu telah menerima panduannya daripada sumber yang tunggal itu sahaja. Oleh kerana itulah generasi itu telah berhasil membentuk sejarah gemilang di zamannya. (Petunjuk Sepanjang Jalan)
Beliau turut menyebut ciri seterusnya...
Para sahabat di dalam generasi pertama itu tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Tiada seorang pun dari mereka yang belajar Al-Quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga dengan maksud menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka sahaja. Bahkan dia pelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat, juga urusan hidup mereka sendiri dari hidup masyarakat mereka. Dia belajar untuk dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit menerima, “arahan harian” atau “surat pekeliling” bagi dilaksanakan serta merta! (Petunjuk Sepanjang Jalan)
p/s: al-Quran adalah panduan hidup saya menuju hari2 mendatang 2012. Apakah aku diizinkan hidup atau aku akan dijemput lebih awal?

Thursday, December 29

Edited: Geram means Garam?

“Garam?”, tanya teman Arab bernama Adham yang baru saya kenali tempohari bila mendengar saya menyebut “Geram”.

“Bukan, geram bermaksud…..” terang saya padanya. Dia seorang pemuda Mesir yang bersemangat mempelajari Bahasa Melayu. Moga tujuan belajarnya itu murni. Tapi perbualan saya dan dia tidak berapa menjadi kerana dia cuba bercakap bahasa Melayu manakala saya berkeras berbahasa Arab. Bukan apa, tak faham apa dia nak cakap :)

Geram. Garam. Gram.

Alhamdulillah, kelmarin saya dan beberapa teman berjalan-jalan di sekitar Mansurah. Berpisah sebentar dari pen dan buku2 yang menemani saya dalam minggu-minggu ke depan ini. Terkenang detik awal2 ketika ke sini pada akhir 2008. Jika ada tetamu yang bertandang, saya dan ahli rumah akan bersama2 menaiki feri menyusuri Sungai Nil. Kalau rajin, kami akan mendayung sampan sambil menyanyi dan berborak panjang. Itu kenangan lalu. Menikmati malam yang indah di musim sejuk adalah antara kurniaan Yang Maha Esa yang sangat hebat. Malam itu, fokus perbincangan kami adalah mengenai suasana komuniti Malaysia di sini dan apa peranan yang kami boleh mainkan secara efisien. Mencambah idea dan bagaimana membumikan fikrah yang dipelajari dalam silibus2 usrah. From A to Z secara umum apa yang berlaku walaupun masa mencemburui dek kerana peperiksaan yang bakal mengunjungi kami tak lama lagi.

Geram. Garam. Gram.

Ada beberapa point kami berselisih pendapat, antaranya apakah ancaman luaran atau dalaman sebenarnya yang mengganggu naik turun dakwah dan tarbiyah? Kami cuba berfikir di luar kotak kebiasaan kami. Namun, kami semua sepakat bahawa ancaman paling bahaya dalam mana2 gerak kerja dakwah dan tarbiyah adalah tiga perkara:

1. hubungan hati dan ukhuwah yang renggang antara pendakwah akhirnya menimbulkan pelbagai masalah dalaman yang merencatkan usaha dakwah. Semua pihak menunggu orang lain yang deliver dulu. Tunggu punya tunggu...tak datang2.

2. terlalu pesimis, negatif dan lemah semangat hanya membuang masa sedangkan masa semakin suntuk. Sepanjang pengalaman saya, dakwah bukan macam buku. Tidak semua yang tertulis A jawapan dia mesti A. Sesetengah orang bersetuju bahawa kehidupan bukan macam buku tapi dia tak boleh terima pendapat saya bahawa dakwah dan tarbiyah pun bukan macam buku.

3. kefahaman tentang ibadah yang silap melahirkan tindakan yang tidak diberkati. Saya selalu bertanya pada diri sendiri, macamana seorang tu boleh memperelokkan solat di awal waktu, khusyuk dalam solat dan menangis dalam solatnya tetapi tidak bersungguh2 dalam pelajaran, dakwah dan tarbiyah dirinya sendiri? Adakah perbezaan antaranya?

Yes, we can't change the direction of the wind, but we can adjust our sails to always reach our destination.

Geram. Garam. Gram.

Terkenang seorang sahabat yang diceritakan di dalam kitab al-Muntalaq yang bernama Zul Jaushan. Sahabat yang sering menangis dan menangis. Mengapa? Beliau telah diajak memeluk Islam oleh Rasulullah s.a.w ketika dakwah di Mekah tetapi beliau menjawab, “tengok dulu la…Aku nak tengok dulu sejauhmana Islam ni boleh pergi…”. Akhirnya, ketika Fathu Makkah sewaktu orang Islam memasuki kota Mekah. Dia menangis teresak2. Alangkah ruginya aku. Jika tidak sudah pasti dia mendapat pahala as-Sabiqun al-awwalun seperti Abu Bakar dan Umar.

Peluang sebenarnya sudah ada di tangan kita. Diri kita sebenarnya yang membuat keputusan mengenainya.
“Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.”
(Maria Robinson)
Cukuplah dunia hari ini yang penuh dengan orang2 pesimis dan negatif...tak perlu kita menambahkan lagi angka mereka. Selamat tinggal wahai sikap idealis, pesimis dan negatif. Farewell...forever

Geram. Garam. Gram.

“InsyaAllah, kita buka balik perbincangan lepas exam” kata salah seorang daripada kami sewaktu masing2 berpisah ke rumah masing-masing. Apa yang saya pasti setiap daripada kami fikirannya pasti menerawang akan tajuk2 perbincangan yang kami buka tadi.

Geram. Garam. Gram.

Geram itu penting tanda hati kita tidak selesa dengan perjalanan arus dunia yang jauh daripada Islam. Jangan sekadar geram yang tidak menolak kepada amal. Seperti garam, ia akan membantu sedikit sebanyak mencapai kenikmatan dalam beramal. Moga2 amalan kita menjadi penimbang berat hasanah kita di akhirat nanti. Wallahua’lam apakah timbangannya nanti adalah gram…..

Tuesday, October 11

Jangan biar ia padam


Kali ini tulisan saya panjang sedikit. Ia adalah monolog saya sendirian. Tulisan untuk diri sendiri...tulisan untuk cermin jiwa sendiri....siapa yang rajin nak baca sampai habis silakan.

Akhir-akhir ini dengan pelbagai himpitan yang berlaku. ditambah sedikit sebanyak perasaan sedih dan simpati terhadap saudara-saudara seakidah saya di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Mindanao, Chechnya, Somalia, Syria dan lain2. Dada saya agak sempit tersangat2. jiwa juga terasa tersepit2....

Kashmir, wilayah Islam di utara India, Asia Selatan yang terus sunyi tanpa pembelaan daripada mana-mana negara Islam. Konflik yang berterusan sejak 1947 dianggap konflik paling lama di dunia selain Palestin dalam sejarah moden hari ini. Ribuan nyawa telah melayang sejak perebutan wilayah ini antara Pakistan dan India. Airmata mereka sudah kering kerana terlalu lama menanti tangan-tangan yang menghulurkan bantuan...
Baca sejarah mereka di sini

Saya tidak akan lupa selama-lamanya buat nasib saudara yang ditindas di negara2 Islam. Setiap malam airmata cuba ditahan2 supaya tidak berderai menyesali apa yang saya sumbangkan untuk meringankan penderitaan mereka. Kemewahan, keselesaan dan ketenangan yang saya rasai tidak adil buat mereka kerana mereka pada setiap hari terpaksa memikirkan bagaimana mencari sesuap makanan dan cara2 untuk terus survive drpd terkorban dalam konflik yang tidak nampak hujungnya......Maafkan jika ada hari2 yang saya lalui penuh kelalaian tidak sempat mendoakan keringanan buat anda di sana

Bihest-e-Shuhdai-e-Kashmir bermaksud Syurga Para Syuhada' Kashmir adalah kubur terbesar bagi penduduk Islam yang terbunuh dalam konflik dengan kerajaan Hindu India sejak lebih puluhan tahun yang lalu. Dianggarkan wujud 500 kubur beramai-ramai di serata bumi Kashmir. (sumber: aljazeera.net/english)

Perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak semudah yang dikata. Perjuangan ini adalah pertembungan antara iman dan hawa nafsu. Tabiat iman itu susah manakala tabiat nafsu itu sukakan keselesaan dan kerehatan. Syeikh Ahmad ar-Rasyid mengungkapkan di dalam karya agungnya fikh dalam berdakwah, buku al-Muntolaq:
"Para pendakwah sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya".
Oleh itu, perlu sentiasa dan berterusan kita untuk memeriksa hati-hati kita dan menutup segala ruang yang boleh membolak-balikkan hati kita daripada tarikan iman kepada hawa nafsu yang melalaikan.

Kekuatan dalaman adalah rahsia mengapa umat islam di zaman awal Islam diwajibkan bangun qiamullail sehingga bengkak2 kaki mereka. Lalu dengan rasa kasihan melihat ibadah mereka, maka Allah meringankan dan hukum bertukar sunat. Namun, Rasulullah s.a.w terus diwajibkan kerana tugas menyampaikan risalah Islam sangat2 berat. Suatu hari seorang syeikh yang saya berguru dengannya menyebut:
" Kamu adalah roh baru yang mengalir dalam jasad umat ini' Kamu adalah keazaman yang kuat dan kekuatan dalaman untuk menjayakan agenda yang besar untuk umat. Roh adalah penolak anda untuk terus berkorban, hidup untuk orang lain dan tidak sama sekali berfikir untuk berhenti beramal"


Hari ini bermacam2 cara dicuba untuk menyelamatkan iman di akhir zaman ini. As-syahid Syed Qutb pula mengungkapkan formula yang sangat menarik tentang cara2 menanamkan iman yang luar daripada kefahaman orang biasa:
"Iman yang sebenar tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya di dalam hati melainkan setelah hati ini bermujahadah melawan manusia semata-mata demi iman ini. Melawan manusia dengan membenci kesesatan dan kejahilan mereka, dan sentiasa bertekad untuk mengalihkan manusia daripada kesesatan ini kepada kebenaran dan kepada Islam. Melawan manusia dengan lisan yang menyampaikan dan menjelaskan tentang Islam, menepis segala kebatilan mereka dan menyuarakan kebenaran yang dibawa oleh Islam". ( dipetik daripada buku Inilah Islam)
Beliau menambah lagi:
"Iman yang sebenar juga tidak akan mantap di hati kecuali setelah hati ini bermujahadah melawan manusia kerana secara tidak langsung ia sebenarnya telah bermujahadah melawan dirinya sendiri. Mereka selama-lamanya tidak akan memahami fenomena alam ini jika masih memerap diri, duduk dalam keadaan aman dan selesa."
Perjalanan menuju kepada Allah adalah membawa hati yang suci bersih pada hari Kiamat. Oleh itu, seorang ulama' islam sering mengingatkan anak-anak muda di zamannya:
"Wahai anak muda! kefahaman lidahmu tanpa amalan hati tidak akan membawa engkau kepada kebenaran walaupun selangkah. Sesungguhnya perjalanan ini adalah perjalanan hati" (al-Kailani)
Perjalanan ini tidak kenal henti. Imam Ahmad ketika ditanya oleh anak-anak muridnya, mengapa tidak beliau menyerah sahaja kepada tuntutan penguasa supaya dapat berehat sebentar daripada seksaan yang dahsyat kerana mereka terlalu kasihan melibat tubuh gurunya yang lunyai menjawab:
"Anakku, rehatku hanya apabila aku pasti salah satu kakiku ini berada di dalam syurga"
Facebook adalah fenomena yang sangat2 merugikan generasi muda Islam. Menurut kajian Institut Sosial Malaysia (ISM), 60,000 pelajar 12 hingga 18 tahun ketagih FB hingga menghabiskan sekurang-kurangnya 4 jam sehari melayari laman sosial tersebut. Berapa ramai pendakwah bermudah-mudah dalam hubungan sosial tanpa sempadan ini? Mereka sendiri membuka ruang untuk syaitan menganggu gugat hati-hati mereka agar terus lalai daripada agenda yang besar.

Coretan berupa nasihat saya kepada diri sendiri dan semua orang yang berusaha siang dan malam bekerja keras menyampaikan agenda Islam kepada masyarakat terutama buat pemuda pemudi yang bergelora jiwanya:

1. Tutuplah ruang yang boleh membolak-balikkan hati kita daripada tugasan besar. Berhati-hatilah dalam menggunakan laman sosial yang membuka seluas-luas ruang perkenalan dengan bukan muhrim tanpa asas syarak. Jika anda sudah terjebak, rawatannya sangat sukar dan memerlukan masa yang lama sedangkan umat sedang menanti kemaraan anda semua

2. Jagalah hubungan kita dengan Allah s.w.t dengan menjaga sepenuhnya amal-amal harian seperti tilawah al-Quran, zikir pagi dan petang, solat jemaah dan bangun malam mengikut kemampuan masing2.


3. Berusahalah menyampaikan Islam melalui apa sahaja medium dan cara yang ada. Janganlah menyempitkan penyebaran Islam melalui cara-cara tentu sahaja.

4. Usah membanding diri kita dengan orang lain. Setiap orang diberi kemampuan yang berbeza2 sesuai dengan diri mereka. Berusahalah sedaya mungkin dalam kemampuan kita dan bidang kita. Allah menilai usaha yang anda lakukan bukan hasil yang kita raih.


Abu Mujahid, Cairo, Mesir
11/10/2011


Sunday, September 25

Sayang, Ikatan kita Ikatan Wafa'

Alhamdulillah. Puji dan syukur pada Allah s.w.t. Tahun 2011 ini sahaja, teman2 saya lebih daripada 10 orang telah mendirikan rumahtangga.
Mungkin sesetengah orang menganggap tulisan saya ini keluar daripada hakikat sebuah perkahwinan. Tulisan orang yang tidak berkahwin tidak boleh digunapakai kerana mereka hanya pandai berteori. Apa salahnya berkasih sayang dan menikmati nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya?
Tidak mengapa, saya terima teguran anda. Terus terang tulisan ini saya tujukan buat orang yang memilih untuk mengikat perkahwinannya atas asas Agama: at-tamkin li Dinillah (menegakkan kuasa Islam di dunia) supaya mereka faham halatuju jalan yang mereka ambil. Sabda Nabi s.a.w:
"Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan". (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Tulisan saya kali ni ditujukan khusus buat anak-anak muda pendakwah bujang....
Tulisan saya kali ini sekadar renungan buat pendakwah muda yang sudah bergelar pengantin samada baru atau lama..... Moga kita tetap thabat atas Jalan yang dipilih ini...

Dari kiri: Dr.Fadil, Dr.Zaid, Ust.Syamil, Dr.Mukmin, Penulis, Ust.Abdullah Husaini, Ust.Nik Rafie dan Ust.Muhammad Ali bersama anaknya, Aisyah. Alhamdulillah, mereka di kiri dan kanan saya telah melangkah ke gerbang perkahwinan dalam usia yang muda.

Imam Hasan al-Banna ketika menggariskan matlamat terbesar umat Islam hari ini adalah menegakkan agama Allah dengan mendirikan kerajaan Islam antarabangsa yang dipimpin Khilafah, beliau juga telah meletakkan cara2 dan peringkat2 untuk mencapai cita2 tersebut yang bermula daripada individu Muslim, keluarga Muslim, masyarakat Muslim sehinggalah kepada Islam menentukan PERJALANAN DUNIA (New World Order).

Beliau telah meletakkan petunjuk yang jelas akan jalan mencapai matlamat tersebut. Pemuda Islam yang jelas halatuju hidupnya, baik budi pekertinya, bersungguh-sungguh dalam kehidupannya diikat dengan Muslimah yang samatara dengan dirinya yang dididik hasil pentarbiyahan yang berkesan. Lalu daripada rumah2 mereka, terpancar sinar Islam yang mengesani masyarakat hasil daripada teladan praktikal kepada penghayatan Islam sebenar di dalam kehidupan mereka.
"Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". (Surah an-Nur: 26)

20 April 1986- As-Syahid Abdullah Azzam ketika jihad Afghanistan melawan pencerobohan Soviet Union masih berlangsung telah menulis sebuah wasiat untuk anak-anaknya:
"Wahai Anak-Anakku!
Sesungguhnya kalian tidak mendapatkan perhatianku kecuali sebentar. Kalian tidak memperoleh pembinaan dariku kecuali sedikit. Ya, aku tidak memberikan perhatian kepada kalian. Tetapi apa yang dapat aku lakukan sementara malapetaka terhadap kaum Muslimin membuat orang hamil melahirkan kandungannya dan musibah yang menimpa Umat Islam membuat rambut bayi-bayi beruban. Demi Allah, aku tidak rela hidup tenang sementara api malapetaka membakar kaum Muslimin. Aku tidak rela hidup di tengah-tengah kalian menikmati hidangan lazat. Demi Allah, sejak dulu aku membenci kemewahan, baik dalam pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Aku berusaha mengangkat kalian ke tingkat orang-orang zuhud dan aku jauhkan kalian dari lumpur kemewahan".
Sifir rumahtangga bagi pendakwah adalah semudah 1+1= 2. Sejauhmana kita mampu melahirkan seramai mungkin individu Islam yang berkualiti, sejauh itulah kita dapat melahirkan keluarga2 Islam yang berkualiti. Tugasan melahirkan individu-individu ini akan kekal berterusan sehinggalah Allah s.w.t mengangkat semula kehinaan yang ditimpakan kepada umat Islam di atas kelalaian mereka selama ini.

Kefahaman yang lahir daripada analisis yang mendalam terhadap sirah Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan kebenaran teori ini.Bayangkan orang sehebat Ali r.a dikahwinkan dengan sebaik-baik wanita, Fatimah r.a.h. Begitu juga pelindung Rasulullah s.a.w, Zubair al-Awwam dikahwinkan dengan Asma’ binti Abu Bakar, wanita mengandung yang telah menolong hijrah baginda s.a.w. Mereka inilah yang telah melahirkan anak-anak yang mewarisi perjuangan ibu ayah mereka. Hasan dan Husain bin Ali, Abdullah bin Zubair dan lain-lain lagi. Bahkan mereka tidak berpada dengan itu, lalu mewariskan Islam dan dakwah yang mulia ini kepada generasi tabiien seperti Ato’ Bin Abi Rabah, Said bin Jubair dan ramai lagi sehingga nikmat Islam itu sampai kepada kita di Malaysia ini.
Dengan itu, individu dan keluarga di dalam masyarakat yang diimpikan adalah tulang belakang yang berdiri di atasnya Kerajaan Islam yang kukuh dan kuat. Merekalah obor cahaya yang memandu masyarakat ketika dalam kegelapan.

Ust Sayyid Qutb telah menukilkan di dalam bukunya, Maalim fit Toriq:
"Dakwah Islam telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SAW, iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini"
Beliau menambah lagi:
"Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang terang dan memang telah berlaku, mempunyai maksud-maksud tertentu yang perlu kita perhatikan dan kita renungi bersungguh-sungguh agar dapat kita menyelami rahsianya."
Sayangku, cita-cita ini jangan kita padamkan walaupun kita sudah mendirikan rumah tangga. Ingatlah sayang, Ikatan kita Ikatan Wafa'.

**wafa' bermaksud janjisetia. Bagi kamus pendakwah: Berjanjisetia untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah sehingga ke akhir hayat.

Friday, September 16

Mahasiswa + Daei = Islam yang Syumul

Pada-Nya Kita Memuji....Pada-Nya kita memohon...Pada-Nya Kita berserah....

Tahun 1432 H bersamaan 2011 ...Tarikh yang penuh makna.
Kebangkitan Rakyat di seluruh negara2 Arab seperti Kejatuhan Mubarak di Mesir, Kemenangan di Tunisia dan Libya, Pertembungan berdarah yang masih berlaku di Yaman dan Syria, Krisis Kebuluran di Somalia dan segala kepahitan yang terpaksa ditelan oleh orang2 Islam di seluruh dunia samada suka atau tidak
.
Amerika Syarikat adalah pihak yang paling beruntung selama ini dalam pergolakan yang dialami umat Islam. Sistem demokrasi yang diwar-warkan oleh mereka cakap tidak serupa bikin. Kita boleh lihat apa yang terjadi di Palestin, Kashmir, Iraq dan Aghanistan. Dalam masa yang sama, percakaran sesama gerakan Islam hatta sesama ahli gerakan Islam yang sama yang masih berterusan ke hari ini hanya merugikan umat Islam yang telah menderita selama puluhan tahun sejak kehilangan tempat mereka bernaung (Khilafah Islamiyah). Sampai bila kita boleh duduk semeja dengan penuh ukhuwah tanpa rasa prejudis antara satu sama lain?

Dalam kegembiraan kita menyambut "cahaya baru" itu. Realiti kita sebagai seorang mahasiswa tidak boleh dikesampingkan. Kefahaman Islam yang syumul menuntut kita lebih bersungguh menunaikan harapan ummah dan ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh. Dengan itu, realiti dunia hari ini mengukur prestasi berdasarkan peperiksaan. Mungkin penilaian ini tidak adil bagi sesetengah orang. Namun, perkara inilah yang menjadi pemangkin dan harapan baru buat dunia di luar sana yang menanti2 gerombolan pendakwah yang cemerlang dalam hidupnya, keluarganya, kerjayanya dan akademiknya untuk memimpin dunia ini.

Kerana itulah, Abu A'ala al-Maududi mengungkapkan kata2 yang menjadi rujukan gerakan Islah sepanjang zaman:
"Ketika mana umat Islam mula menguasai kepakaran dalam setiap urusan dunia, maka itu petanda kemenangan Islam semakin hampir"


"Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita."
(Usul Pertama dalam Usul 20, As-Syahid Hasan al-Banna)


Di bumi perjuangan MESIR yang penuh barakah...
Keputusan peperiksaan yang ditunggu telah pun keluar, pelbagai reaksi timbul daripada mereka yang berkenaan. Ada yang gembira....tidak kurang yang bersedih....boleh tahan ramai yang terkejut.... Itu adalah hak masing-masing....setelah berusaha sebaik mungkin dan bertawakal....

Saya tujukan ayat Quran ini bagi yang berjaya mencapai apa yang dihajati...
"....Dia berkata: Ini adalah anugerah dari Tuhan-Ku untuk menguji apakah aku bersyukur atau aku tidak mengenang anugerah itu. Dan barangsiapa yang bersyukur, maka dia bersyukur pada dirinya sendiri dan barangsiapa yang kufur, Sesungguhnya Tuhan-Ku Maha Kaya lagi Maha Pemurah."
(an-Naml:40)

Bagi yang sebaliknya..... Jangan bersedih... Jangan berduka...Bergembiralah dengan ayat-ayat Allah ini....

"..Terimalah apa yang telah Allah berikan pada kamu dan jadilah mereka yang bersyukur.." (al-A'raf:144)
" Sesungguhnya bisikan itu daripada syaitan untuk membuat orang beriman bersedih..." (al-Mujadalah:10)
"...tiada sekali-kali apa yang menimpa kami kecuali telah ditetapkan Allah utk kami.." (at-Taubah:51)
"...barangkali Allah mahu membuat sesudah itu satu hal yang baru." (at-Tolaq:1)
"..Kesejahteraan dan berbahagialah ke atas kamu kerana telah bersabar menerima cubaan-Nya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.." (ar-Ra'ad:24)
"Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan" (al-Insyirah:6)

Kesimpulannya....Alangkah indahnya hidup bersama Al-Quran.
" ...(Kami jelaskan itu) supaya kamu tidak berdukacita dengan apa yang hilang dari kamu dan supaya kamu tidak terlalu gembira dengan apa yang diberikan-Nya padamu.." (al-hadiid:23)

Wednesday, May 19

Terima Kasih


alhamdulillah. syukur pada Allah kerana masih mampu bergerak lagi hingga ke saat ini. pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa benar2 mengajar saya pengajaran2 yang penting.

قل لن يصيبنا الا ما كتب الله لنا
2 nikmat yang sering dilupakan manusia, kesihatan dan masa lapang (gambar hiasan)



nikmat ukhuwah...
1. terima kasih akhi dan koji. yang menemani saya pada hari pertama di hospital hingga ke jam 3 pagi. juga layanan dan rumah kamu berdua. saya tidak akan lupa

2. terima kasih ahli Beyt 87, abdullah, abd hakim dan ibrahim. sudi memelihara saya selama sebulan dan bersabar dengan karenah saya. hanya Allah paling layak mengganjari

3. sahabat saya, Muhammad Ali yang tidak putus bertanya keperluan dan sanggup menemani saya berulang alik ke hospital untuk followup medical treatment sejak keluar hospital.

4. pre-doktor, hehe... sabu, azrul azizi dan lain2 yang memberi khidmat nasihat, mecucuk jarum ubat, memasang cadula dll pada diri saya. seronok dapat membantu kamu mengasah ilmu perubatan yg dipelajari...

5. Sahabat2 kuliah, rombngan ikhwah2 dari Tanta (satu tremco) dan ikhwah cairo (ali baharom & wan mazaki) dan lain yang sudi menziarahi dan memberi semangat sepanjang tempoh ini....terima kasih byk2!!!

5. serta semua sahabat2 yang tak mampu saya tulis satu persatu nama mereka, nama kamu tidak akan saya lupa, insyaAllah. sumbangan, doa dan nasihat kamu semua saya ucapkan jazakumullah khairu jazak

nikmat sabar.....lapang dada....menghargai orang lain....berkorban masa, tenaga dan wang geneh...dan pelbagai pengajaran untuk bekalan bagi kelana saya yang penuh lemah dan berdosa ini...

~update sempena pembedahan saya pada jumaat ini, 23/5 untuk membuang besi (maybe rawatan yang terakhir sblm dapat berjalan normal)

Sunday, October 18

Aku ingin Bercinta... Terimalah cintaku


Suatu hari ketika menggunakan YM (yahoo messenger), seorang teman rapat saya telah mengungkap perbualan yg menyentak degupan jantung saya buat seketika...
kawan: nak tanya cket
aku: ye saya
kawan: kau ada doakan aku lagi x dlm doa
aku: owh... maaf lupalah
kawan: ~hurm
kawan: patutlah aku rasa lambat je kat sini


Juga perbualan saya dgn seorang pendidik saya.... menambah deras aliran darah saya
saya: cikgu, minta maaf byk2
cikgu
: kenapa pula?

saya: saya dh lama x cntct dgn cikgu
saya
: sejak lepas sekolah

cikgu
: takpe, asalkan ittisal ruhi dan ingatan dlm wirid rabitah sudah memadai

***************************************************
ohh.. Ya Allah...
Buat umatku...
Buat semua masyayikh..ikhwah, sahabat dan kawan2...
Maafkan diri ini yg leka dan tenggelam dlm hidup sendiri

Imam As Syafie pernah berkata:-
الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة
“Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”

Saidina Umar r.a. pula:
" Demi Allah, waktu malam terasa begitu panjang bagiku jika aku teringat saudara seagamaku, lalu aku berharap segera tiba waktu pagi sehingga aku boleh memeluknya...kerana kerinduanku kepadanya"

Imam Hasan al-Banna:
"Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini, kita sedia menjadikan nyawa kita sebagai taruhan demi mengembalikan kehormatan bangsa ini"


Wednesday, July 29

30 Julai 2009..... Selamat Datang Dunia!!!!



Salam perkenalan. Salam kasih sayang.

Semua manusia dikurnia daya upaya dan kemampuan yang berbeza2. Masing2 hanya perlu mencari titik rahsia dalam kehidupan mereka untuk melonjak dan melakar sesuatu yang bermakna dalam hidupnya. Anda sudah menemuinya? Maka tidak salah jika kita sama2 membantu kawan2 kita mendapatkan titik2 tersebut....

30 Julai 2009...... Tarikh ini menjadi lonjak mula untuk saya berkongsi secara lebih konsisten dan berorientasi. Mungkin teman2 rapat yang sudah mengenali gaya penulisan saya sebelum ini akan ketawa...Itu hak mereka, terima kasih atas kritikan dan galakan anda semua. Anda sumber inspirasi saya...

Ke mana orientasi tulisan saya selepas ini?

Pertama, pelbagai isu semasa kita perlu dikupas menurut kacamata syariat dan kepentingan negara
Kedua, sejarah memain peranan penting dalam membawa halatuju masyarakat dan negara. Namun, ia perlu diberi nafas baru dan fakta yang adil dan menyeluruh
Ketiga, masyarakat Malaysia merupakan aset yang begitu berharga. Kota Melaka telah membuktikan mereka mampu menjadi kuasa yang disegani....kita perlu menggali kebaikan mereka dan mengembangkannya
Keempat, kerangka dan bangunan Islam itu sangatlah indah. Kita cuma perlu memperkenalkannya tanpa perlu mengabaikan prinsip2nya

Moga kita sama2 dapat memberi dan berkongsi yang terbaik

p/s: 30 Julai 762...Kota Baghdad diasaskan oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur sebagai ibukota baru bagi Khilafah Abbasiyah. Baghdad menjadi bukti bahawa umat Islam sebenarnya mampu untuk mentadbir dan mengemudi masyarakat dunia kerana zaman inilah dinamakan ZAMAN KEEMASAN ISLAM

~Itu sebab utama saya memilih tarikh ini untuk blog baru saya