Thursday, December 29

Edited: Geram means Garam?

“Garam?”, tanya teman Arab bernama Adham yang baru saya kenali tempohari bila mendengar saya menyebut “Geram”.

“Bukan, geram bermaksud…..” terang saya padanya. Dia seorang pemuda Mesir yang bersemangat mempelajari Bahasa Melayu. Moga tujuan belajarnya itu murni. Tapi perbualan saya dan dia tidak berapa menjadi kerana dia cuba bercakap bahasa Melayu manakala saya berkeras berbahasa Arab. Bukan apa, tak faham apa dia nak cakap :)

Geram. Garam. Gram.

Alhamdulillah, kelmarin saya dan beberapa teman berjalan-jalan di sekitar Mansurah. Berpisah sebentar dari pen dan buku2 yang menemani saya dalam minggu-minggu ke depan ini. Terkenang detik awal2 ketika ke sini pada akhir 2008. Jika ada tetamu yang bertandang, saya dan ahli rumah akan bersama2 menaiki feri menyusuri Sungai Nil. Kalau rajin, kami akan mendayung sampan sambil menyanyi dan berborak panjang. Itu kenangan lalu. Menikmati malam yang indah di musim sejuk adalah antara kurniaan Yang Maha Esa yang sangat hebat. Malam itu, fokus perbincangan kami adalah mengenai suasana komuniti Malaysia di sini dan apa peranan yang kami boleh mainkan secara efisien. Mencambah idea dan bagaimana membumikan fikrah yang dipelajari dalam silibus2 usrah. From A to Z secara umum apa yang berlaku walaupun masa mencemburui dek kerana peperiksaan yang bakal mengunjungi kami tak lama lagi.

Geram. Garam. Gram.

Ada beberapa point kami berselisih pendapat, antaranya apakah ancaman luaran atau dalaman sebenarnya yang mengganggu naik turun dakwah dan tarbiyah? Kami cuba berfikir di luar kotak kebiasaan kami. Namun, kami semua sepakat bahawa ancaman paling bahaya dalam mana2 gerak kerja dakwah dan tarbiyah adalah tiga perkara:

1. hubungan hati dan ukhuwah yang renggang antara pendakwah akhirnya menimbulkan pelbagai masalah dalaman yang merencatkan usaha dakwah. Semua pihak menunggu orang lain yang deliver dulu. Tunggu punya tunggu...tak datang2.

2. terlalu pesimis, negatif dan lemah semangat hanya membuang masa sedangkan masa semakin suntuk. Sepanjang pengalaman saya, dakwah bukan macam buku. Tidak semua yang tertulis A jawapan dia mesti A. Sesetengah orang bersetuju bahawa kehidupan bukan macam buku tapi dia tak boleh terima pendapat saya bahawa dakwah dan tarbiyah pun bukan macam buku.

3. kefahaman tentang ibadah yang silap melahirkan tindakan yang tidak diberkati. Saya selalu bertanya pada diri sendiri, macamana seorang tu boleh memperelokkan solat di awal waktu, khusyuk dalam solat dan menangis dalam solatnya tetapi tidak bersungguh2 dalam pelajaran, dakwah dan tarbiyah dirinya sendiri? Adakah perbezaan antaranya?

Yes, we can't change the direction of the wind, but we can adjust our sails to always reach our destination.

Geram. Garam. Gram.

Terkenang seorang sahabat yang diceritakan di dalam kitab al-Muntalaq yang bernama Zul Jaushan. Sahabat yang sering menangis dan menangis. Mengapa? Beliau telah diajak memeluk Islam oleh Rasulullah s.a.w ketika dakwah di Mekah tetapi beliau menjawab, “tengok dulu la…Aku nak tengok dulu sejauhmana Islam ni boleh pergi…”. Akhirnya, ketika Fathu Makkah sewaktu orang Islam memasuki kota Mekah. Dia menangis teresak2. Alangkah ruginya aku. Jika tidak sudah pasti dia mendapat pahala as-Sabiqun al-awwalun seperti Abu Bakar dan Umar.

Peluang sebenarnya sudah ada di tangan kita. Diri kita sebenarnya yang membuat keputusan mengenainya.
“Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.”
(Maria Robinson)
Cukuplah dunia hari ini yang penuh dengan orang2 pesimis dan negatif...tak perlu kita menambahkan lagi angka mereka. Selamat tinggal wahai sikap idealis, pesimis dan negatif. Farewell...forever

Geram. Garam. Gram.

“InsyaAllah, kita buka balik perbincangan lepas exam” kata salah seorang daripada kami sewaktu masing2 berpisah ke rumah masing-masing. Apa yang saya pasti setiap daripada kami fikirannya pasti menerawang akan tajuk2 perbincangan yang kami buka tadi.

Geram. Garam. Gram.

Geram itu penting tanda hati kita tidak selesa dengan perjalanan arus dunia yang jauh daripada Islam. Jangan sekadar geram yang tidak menolak kepada amal. Seperti garam, ia akan membantu sedikit sebanyak mencapai kenikmatan dalam beramal. Moga2 amalan kita menjadi penimbang berat hasanah kita di akhirat nanti. Wallahua’lam apakah timbangannya nanti adalah gram…..

Monday, December 26

Malaysia. Bersabar sebentar ya!

Tengah exam mode. Tapi still ada masa untuk update blog. Bukan apa, time2 camni la dapat keluar dari rutin harian sebab cuti peperiksaan sebulan. Idea pun banyak mencurah2 time cmni. Peperiksaan Semester Satu bagi pelajar undergraduate Universiti al-Azhar semakin menghampiri.

Tahun 2011/2012 adalah tahun akhir pengajian saya bagi memperoleh ijazah pertama. Sejak saya mula menjejakkan kaki di bumi Mesir pada 26 Ogos 2008, pejam celik sudah hampir 4 tahun saya berada di Perlembahan Nil yang penuh dengan pelbagai kisah suka dan duka saya di sini.

Jatuh Cinta Sejak Sekolah lagi

Sejak saya di Tingkatan Satu lagi saya bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Mesir. Berkenalan dan membesar bersama graduan2 al-Azhar di sekolah selama 7 tahun dalam hidup saya meransang keinginan tersebut. Saya bersetuju dengan kenyataan ini:
Your outlook upon life,your estimate of yourself,your estimate of your value are largely colored by your environment. Your whole career will be modified, shaped, molded by your surroundings, by the character of the people with whom you come in contact every day (Orison Swett Marden)
Kisah yang mak saya ceritakan sendiri tentang cita-cita arwah datuk saya yang mahu ke Universiti al-Azhar, Almarhum Tuan Haji Ustaz Abd Aziz bin Nordin, antara ahli terawal PAS Johor yang tidak kesampaian atas masalah kewangan membangkitkan lagi keinginan tersebut. Susah payah beliau yang sanggup berulang-alik ke Singapura untuk mendapatkan bahan bacaan tentang kebangkitan Islam di Timur tengah seperti Majalah al-Muslimun dan Buku tulisan Syakib Arsalan “Kenapa Umat Islam Mundur tetapi Bangsa lain Maju dan Makmur?” yang pernah saya jumpa di stor milik beliau. Buku-buku ini masih lagi dalam simpanan makcik-makcik saya.

Bergambar di depan Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti al-Azhar Mansurah bersama Ust Haidar dan Akh Muhammad dari Beheira. Saya memanggil beliau Muhammad "Mumtaz". Beliau seorang pemuda Mesir yang cintakan Islam, mumtaz (cemerlang) setiap tahun dan menghafal ratusan syair dan hadis. Beliau banyak membantu saya ketika tahun satu dan dua. Kami juga sering berbincang isu Mesir dan al-Azhar. Kami berpisah di tahun tiga selepas beliau mengambil bidang Hadis manakala saya bidang Tafsir.

Tempoh 3 tahun saya di sini telah saya saksikan pelbagai peristiwa suka duka samada terhadap diri saya atau rakyat Mesir sendiri. Dari zaman diktator sang Penguasa yang zalim, Presiden Hosni Mubarak sehinggalah kejayaan Revolusi 25 Januari menjatuhkannya. Kini Mesir sedang bertungkus lumus membina semula negara mereka setelah sistem mereka dirosakkan oleh tangan-tangan yang zalim bermula dari Presiden Gamal Abd Nasir sehinggalah Presiden Hosni Mubarak. Kuasa Barat sendiri tidak akan membenarkan Mesir memimpin dunia Islam seperti yang tercatat dalam sejarah mereka yang gilang-gemilang.

Saya bersama teman-teman berkesempatan menziarahi kubur as-Syahid Hasan al-Banna ketika tahun 2008 di Mesir. Setelah lebih 60 tahun, Ikhwan Muslimin dibantai dan dizalimi tanpa belas kasihan. Pengasas gerakan ini telah memulakan jalan berduri ini. Kemudian diikuti ratusan pimpinan mereka yang soleh telah ditangkap dan dipenjara sejak Revolusi 1952 lagi. Tokoh2 mereka seperti As-Syahid Syed Qutb dan As-Syahid Abdul Qadir Audah antara mangsa perjalanan hitam yang dicipta oleh Presiden Gamal Abd Nasir buat Umat Islam dan Mesir sendiri . Berpeluang bertemu dengan pemuda Ikhwan di universiti2 dan membina hubungan dengan mereka adalah satu nikmat yang perlu dihargai mahasiswa al-Azhar.

Countdown 3,2,1

Kini dengan hampirnya masa saya untuk menggenggam segulung ijazah (amin. Moga Allah mudahkan), saya menulis ini untuk mengingatkan diri bahawa tempoh 4 tahun tidak cukup untuk saya mengutip lautan ilmu harakah dan dakwah di Mesir ini. Sesungguhnya hanya keazaman yang kuat dan cita-cita yang jelas akan mampu membantu setiap orang mencapai cita-citanya. Sedangkan orang yang kabur matlamat hidupnya, menyerahkan kepada takdir dan lemah semangat tidak sama sekali menolongnya.
Dan tidak seharusnya orang beriman itu pergi (berperang) semuanya, tetapi alangkah baiknya jika daripada kalangan tiap-tiap golongan itu keluar sebahagian (daripada mereka) untuk memperdalamkan pengertian tentang al-din (agama), dan (dengan demikian) membolehkan mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka kembali semula kepada mereka, supaya (kaum) mereka berwaspada" (Surah Taubah:122)

Bergambar bersama ahli ISMA-Mesir cawangan Mansurah dalam majlis Tahnik Aisyah binti Muhammad. Mereka adalah teman terbaik yang pernah saya jumpai sepanjang hidup ini. Pengalaman bekerja "start from scratch" saya peroleh di sini. Semoga dakwah dan tarbiyah di Mansurah terus maju. Mansurah memang sesuai sekali namanya :)

Akhirnya usia kita yang semakin dewasa menuntut kita semua untuk lebih matang dalam pertimbangan kita. Zaman saya “berseronok” dan “selesa” ketika di tanah air dahulu berubah sebaik sahaja melihat kesungguhan pemuda-pemuda dan tokoh-tokoh Ikhwan siang dan malam menyampaikan risalah Islam, mendidik dan membimbing masyarakat walaupun ditekan dan dipenjara bertahun-tahun. Pengalaman ketika di Tahun Satu dan Dua di Mansurah menyedarkan saya. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan Regim Mubarak selama 2 tahun adalah pengalaman berharga yang tidak mungkin saya lupakan. Menyaksikan pengalaman dakwah ketika itu pun sudah berharga apatah lagi ketika menyaksikan dakwah ketika kebebasan dan keamanan diperolehi!

Mesir telah banyak mengajar saya erti kesabaran, kesungguhan, pengorbanan, buang budaya menunggu perubahan dan kejayaan, simptom menyalahkan keadaan, teguh pada matlamat dan perlunya bergantung kepada Allah s.w.t dalam setiap tindakan kita. Kehidupan masyarakat mereka yang susah dan ringkas tetapi memiliki sifat peramah amat mengagumkan diri saya. Sikap ringan tulang dan bersedia membantu bila2 masa yang ada pada masyarakat Mesir sangat perlu dalam membentuk diri ini. Rugilah sesiapa yang melihat Mesir dari sudut kekotoran dan negatif mereka sahaja. Sedangkan perkara positif itu sangat banyak. Bagaimana masjid mereka boleh penuh terutama di akhir Ramadhan ketika rakyat Malaysia sedang sibuk bersiap menyambut raya. Itulah sebaik-baik tentera di atas muka bumi.

Saya bergambar bersama 2 rakyat Mesir di depan kereta kebal Tentera Mesir di Mansurah ketika awal2 Revolusi 25 Januari berlangsung. Walaupun suasana negara sedang bergolak, mereka tetap gembira dan tersenyum apabila bergambar.

Biar cita2 melangit tinggi, asalkan kerja membumi nyata

Keberadaan di Mesir tidak membuatkan saya di langit tinggi. Seronok dan terbang di awangan tanpa mengikuti perkembangan di Malaysia. Malaysia semestinya no.1 di hati saya. Perkembangan mutakhir politik negara, serangan liberal dan humanisme yang perlahan2 bertapak dan kehancuran institusi keluarga dan anak muda sangat merisaukan diri saya. Malaysia perlu diselamatkan!

Alhamdulillah, saya dibantu oleh sahabat2 dan keluarga di tanah air yang memahami. Segala update dan peristiwa2 di Malaysia akan dimaklumkan mereka samada melalui sms, calling, email dan FB. Tanggungjawab saya selepas itu adalah membuat perkiraan dan perbincangan bersama para murobbi dan teman2 di Mesir menggunakan ilmu yang telah kami pelajari di Mesir ini. Memang saya tidak bersama dengan anda semua di medan yang berhadapan secara terus perkara tersebut, tapi at least gambaran kasar dapat saya ikuti.
InsyaAllah, Malaysia tanahairku. Bersabar sebentar ya!

Kisah Orang Buta dan Gajah

Saya tahu semua pendakwah pada hari ini yakin dengan Islam sebagai jalan perubahan. Cuma masalah kita yang berjuang hari ini adalah kita tidak tahu langkah2, hukum-hakam dan kesesuaian berdasarkan ilmu syarak atau tidak. Serta perkiraan kita dibuat jauh dari realiti semasa. Kita lebih banyak menggunakan akal semata2. Akhirnya kita tidak jelas ke mana sebenarnya halatuju projek Islam kita. Lalu jadilah kita salah satu daripada golongan ini:
1. mengikut sahaja tanpa ilmu dan ketaatan membabi-buta yang menutup ruang muhasabah terhadap plan dan strategi projek Islam. Kehadiran tidak memberi manfaat langsung
2. mudah ragu2 yang membawa kepada tidak percaya kepada projek Islam bila berhadapan dengan mana2 pendirian yang berlawanan dengan arus perdana
3. terseleweng dan membawa projek Islam jauh daripada matlamatnya.
4. membuat perkiraan yang tidak tepat dan merugikan projek Islam kerana tidak memahami realiti sebenar masyarakat dan akar umbi.
Benar saya tahu masih ramai lagi tokoh2 yang memahami fikrah ini dengan baik di Malaysia. Tapi generasi mereka akan berlalu pergi...dan generasi muda yang akan menyambung perjuangan mereka. Juga saya tahu….dalam cita2 dan keinginan itu, bagi pihak SAYA sendiri masih ada yang “kurang” dan “perlu disempurnakan”…..

~dedikasi buat keluarga terdekat. Semoga dapat menerima kenapa saya tetap bertekad menambah tempoh keberadaan di Mesir.

Tuesday, December 20

The Daily Grind of Hard Work Gets a Person Polished

Siri Nota untuk Para Mujahid (4)

Sewaktu latihan kecergasan dalam Perang Afghanistan- Soviet pada 80an, arahan kepada tentera Mujahidin adalah berlari mengelilingi padang sampai had kemampuan masing-masing. Ketika semua orang telah berhenti kerana kepenatan, masih kelihatan seorang masih berlari di atas padang tanpa henti. Dia hanya berhenti disebabkan pengsan. Selepas tersedar dari pengsan, orang bertanya kenapa engkau seksa diri? bukankah arahan supaya sampai kemampuan masing2 sahaja?

Jawapan beliau:
"kemampuan aku bila seluruh tenaga aku habis. Itulah kemampuan aku!

Beliau adalah as-Syahid Abdullah Azzam. Bagaimanapula kemampuan kita yang disumbangkan untuk agama Allah ini?



~kredit pada Akhi Faisal Kamarul Zaman atas video yang sangat2 menyentuh hati :(

Monday, December 12

Lagu: Ya Ma'sharal Ikhwan

Wahai Rasulullah s.a.w,
Aku amat merinduimu. Aku amat mengimpikan dapat bersamamu di akhirat sana. Moga impian ini akan kekal di dalam hatiku supaya terus thabat dan ikhlas dalam usaha mendaulatkan agama Islam di muka bumi ini.

Dan aku menyedari bahawa cintaku kepadamu tiada erti jika aku tidak melaksanakan amanahmu peninggalan para Nabi.

Tetapkanlah hati dan jiwa ini dalam perjuangan ini....biarkan ia tenang dalam janjinya

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

“Seluruh umatku akan masuk ke syurga, kecuali mereka yang enggan.” Para sahabat merasa pelik lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan ke syurga?” Baginda menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku maka dia pasti masuk ke syurga, sedangkan barangsiapa yang menderhakaiku maka sungguh dia telah enggan (ke syurga).” ( Riwayat Al-Bukhari)

Teman,
kita doa banyak2 pada Allah supaya kita digolongkan dalam Kafilah Dakwah yang penuh barakah ini bersama Rasulullah s.a.w dan para Nabi serta para sahabat. Moga kita semua bertemu suatu hari nanti di telaga baginda bersama mereka semua, insyaAllah.

~suntikan supaya bersemangat untuk lebih bersungguh dalam pelajaran, kehidupan dan usaha dakwah/tarbiyah bila nyanyi lagu "Ya Ma'syaral Ikhwan La tataraddadu" (Wahai Ikhwan, janganlah engkau ragu-ragu) ni sambil2 tengok video Kuliah Mingguan Hari Selasa Ikhwan Muslimin di Iskandariah, Mesir ini. disertakan bersama terjemahan lagu.




يا معشر الاخوان لا تترددوا لا لا لا عن حوضكم حيث الرسول محمد
Wahai ikhwan, janganlah kalian merasa ragu. Jangan! Jangan! Jangan!
Dengan apa yang ada di sekeliling kalian kerana (temujanji kita di telaga syurga)bersama Ar-Rasul Muhammad s.a.w
نادتكم الفردوس فامضوا نحوها في دعوة الاسلام عزوا واسعدوا
Syurga Firdaus telah memanggilmu maka segeralah menyahutnya. Rasa izzah dan gembiralah dalam dakwah Islam

إنا فرشنا بالكفاح طريقنا ودم الشهادة نبعنا المتورد
Sesungguhnya tempat tidur kita adalah jihad yang menjadi jalan kita. Dan darah syuhadak kita yang mula mengalir
علماؤنا بمدادهم فتحوا الدنا نحن الذين على الكتاب تعاهدوا
Para ulama' kita telah membuka Dunia ini dengan ilmu-ilmu mereka. Kita semua telah membuat janji setia dengan al-Quran

ايماننا بالله قوى ضعفنا اخلاصنا يحي القلوب ويسعد
Keimanan kita kepada Allah menguatkan kelemahan kita. Keikhlasan kita menghidupkan hati dan menyenangkannya
اعلامنا بإخائنا تتألق فتيقنوا وتوكلوا وتوددوا
Panji-panji kita di atas persaudaraan. Maka berpeganglah, yakinlah, bertawakallah dan kukuhkanlah pegangan kita

اركان هذا البيت اعمدة الهدى نمضي بها دوما ولا نتردد
Rukun Baiah kita adalah sebagai pegangan petunjuk. Tetaplah kita berjalan di atasnya tanpa ragu-ragu
الفهم والاخلاص والعمل النقي ثم الجهاد اخوة وتجرد
Kefahaman, Keikhlasan, Amal yang suci kemudian Jihad, Ukhuwah dan Tajarrud

ثقة وتضحية وطاعة ربنا ثم الثبات نشيدنا المتوقد
Thiqah, Tadhiyah, Taat kepada Tuhan kita kemudian Thabat menjadi slogan kita yang dijulang
هذه اخي اركان بيعتنا التي نادا بها فينا الامام المرشد
Wahai akhi, inilah Rukun Baiah yang sering disebut kepada kita oleh Mursyidul Am
Imam Hasan al-Banna
~kredit kepada Akhi Buraidah al-Aslami kerana mengingatkan tentang lagu ni. terima kasih banyak2.

Saturday, December 10

Mentaliti Penjajah

Siri Nota untuk Para Mujahid (3)

“It is more agreeable to have the power to give than to receive.”
(Sir Winston Churchill)

Itulah pegangan Perdana Menteri British yang memimpin negaranya menuju kejayaan dalam Perang Dunia Kedua pada 1945. Falsafah inilah yang difahami dalam pemikiran orang-orang British ketika zaman kolonial. Mereka sentiasa berusaha untuk menjadi “TUAN” di mana-mana negara yang mereka jajahi.

Dalam erti kata lain, orang putih tidak merancang sesuatu melainkan mereka merancang untuk menguasai orang lain. Hal ini membuatkan mereka terpaksa berfikir besar dan bersungguh-sungguh keluar dari kepulauan Inggeris beribu-ribu batu jauhnya untuk cita-cita tersebut. Akhirnya Inggeris menjadi kuasa besar paling maju dan kuat pada era kolonial dahulu. Falsafah inilah yang melahirkan negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Perancis dan Amerika Syarikat.

Satu persoalan, berapa ramai dalam kalangan kita memiliki cara fikir sebegitu? Kita lebih rela dengan menjadi pengikut. Lebih gemar mengelak tekanan, selesa dengan apa-apa yang ada dan malas berfikir jauh ke hadapan. Penyakit paling bahaya ialah cukup ala kadar.

Benchmark yang kita letak pada diri kita terlalu rendah. Hal ini menyebabkan kita tidak menunjukkan kesungguhan dalam tindakan kita. Cara kita belajar ala kadar, markah peperiksaan cukup-cukup makan. Study pun last-minute. Dakwah kita juga begitu, kita lebih selesa dengan persekitaran kita. Tidak suka meneroka pengalaman baru. Perancangan dan idea kita pun ala kadar. Apa yang lebih merbahaya adalah tarbiah yang kita ikut juga begitu. Amat malang sekali jika hanya sebelah pihak sahaja yang menepuk tangan dalam pembinaan diri kita.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 50:
Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?
Tuan sebenar adalah Allah s.w.t. Namun hari ini, realiti dunia yang kita duduki tidak bertuankan-Nya. Kerja kita hari ini ialah kita mestilah mengembalikan ketuanan itu kepada Allah s.w.t. Allah tidak mewakilkan kita di atas muka bumi ini untuk membiarkan urusan kita diatur mereka.

Kita dicipta untuk memimpin dunia bukan mengikut!

Wednesday, December 7

Bila sudah jatuh hati: 1 message received

Siri Nota untuk Para Mujahid (2)

"1 message received” tertera di handphone murah 2nd hand saya. Tak lama pastu, masuk lagi “message”. Saya pun membuka dan memerhatikan satu persatu isi kandungan sms. Bila dibuka inbox email dan FB, lebih kurang perkara yang sama yang saya terima daripada rakan-rakan saya dari Mesir dan luar negara sendiri. Belum campur panggilan telefon dan lain2 yang saya hadapi.



“Ustaz, hati saya dah kering. Baca Quran pun tak rasa apa-apa. Solat pun tak khusyuk. Tolong saya ustaz”.

“Saya rasa saya tak layak untuk dakwah ini. Saya takut bila grad dan kerja nanti ustaz. Sekarang teori boleh la. Kalau ikhwah tak jaga saya, saya confirm saya hanyut dengan kerjaya!”

“Dakwah kita sekarang terlalu sibuk. Saya tidak boleh tidur malam memikirkan perkara ni. Hubungan dengan ikhwah dah macam syarikat. Kering. Kering. Kering. Adakah ikhwah masih lagi ikhwah?

“Urusan perkahwinan saya bermasalah ustaz. Saya rasa macam ditipu je oleh ikhwah!”

“Ustaz, bagaimana kita hendak pastikan suasana ruhi dan ukhawi dalam meeting dan pengurusan dakwah kita ya? Sekarang suasana kering-kering je. Semua bekerja nak mengejar2. Rindu saat basah-basah dahulu. Ada ke zaman Hasan al-banna istilah kering-basah?”

“Geram saya tengok ikhwah di kawasan saya. Semua benda tak jalan. Takkan semua benda saya nak buat dan saya yang nak mulakan. Penatlah saya!"

"Saya rasa kami dianak-tirikan oleh pimpinan. Terkontang-kanting kami kat sini. Tolonglah! Tolonglah!"
Dan bermacam-macam lagi CURHAT (curahan hati, istilah pendakwah Indonesia) yang saya hadapi akhir-akhir ini. Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk terus mendengar dan membantu permasalahan yang dihadapi pendakwah-pendakwah muda yang bersemangat untuk terlibat di dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di dunia ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Pelbagai luahan yang bercampur-campur emosi. Marah, sedih, linangan air mata, tekanan dan meninggi suara yang lahir daripada mereka. Kadang-kadang berdesing juga telinga ni. InsyaAllah, teruskan begini sahabat-sahabatku. Itu petanda bahawa hati kita semua masih hidup. Amin. Hati yang faham dan nampak kekurangan untuk menuju ke arah lebih baik. Beginilah bila anda sudah jatuh hati pada dakwah ini. Beruntunglah anda semua!

Sepanjang pengalaman saya yang cetek atas Jalan Dakwah ini dan melihat teman2 dan senior2 saya yang saya perhatikan keaktifan mereka, idealisme seorang mahasiswa dalam membawa cita-cita dan harapan sangat penting. Hal ini yang menjadikan mereka inginkan kesempurnaan dan kepuasan dalam sesuatu perkara. Lonjakan ini sangat penting kerana ia antara faktor yang menjaga konsisten atau tidak kita dalam beramal.

Saya amat susah hati jika melihat ramai mahasiswa/mahasiswi generasi Muda ini yang terlalu cepat menjadi Syeikh (orang tua) sebelum tiba masanya. Lebih selesa duduk di rumah dan hanya bergerak bila diperlukan. Seronok ke jadi orang tua ya?

Matlamat apa yang kita nak raih?
Saya amat minat bersukan. Saya amat mengagumi Lionel Messi, ThieryHenry dan Nicol Ann David. Mereka berjaya mendapat pelbagai gelaran bertara dunia dan merangkul bermacam2 kejuaraan yang berprestij. Matlamat mereka jelas dan mereka benar2 berusaha sedaya upaya dlm menjayakan cita-cita tersebut. Perkara ini perlu dicontohi kita dalam amal dakwah yang kita lakukan seharian. Namun, satu perkara yang perlu diingat dan diulang sentiasa. Dalam semua kerja-kerja dan jerih payah yang kita lakukan, kembalikan urusan tersebut pada Allah. Pokok dakwah kita adalah Allah s.w.t, Allah s.w.t, Allah s.w.t. Tiada yang lain. Mengajak kawan-kawan dan di dalam masa yang sama menanam di dalam diri kita hakikat ketundukan kita kepada Allah. Kita bekerja atas jalan dakwah ini untuk meraih kemenangan dalam perjuangan. Ya, Kemenangan! Kemenangan!

Pasukan Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak dalam Sukan SEA di Indonesia baru2 ni. Saya orang Shah Alam dan peminat pasukan bola sepak Selangor. Terkenang zaman 90an dulu ketika Selangor yang terkenal sebagai The Red Giants membolot 3 Kejuaraan Piala Malaysia berturut2 pada 1995,1996 dan 1997. Bandar Shah Alam akan sesak dan bising kerana berpusu-pusu penyokong memenuhi Stadium Shah Alam. Nama2 seperti Mehmet Durokovic, Zainal Abidin Hasan, Rusdi Suparman dan Christopher Kiwomya masih segar dalam ingatan. Tak lama selepas itu, arena bola sepak negara kembali sunyi dengan permainan hambar pemain2 liga tempatan dan terlalu banyak tangan politik di dalam bola sepak tempatan. Hatta saya sendiri dah malas nak ambil tahu dan mengutuk2 setiap kali Malaysia beraksi. Namun, sejak 2009 saya kembali mengikuti semula pasukan Harimau Muda yang berjaya menunjukkan aksi yang benar2 memukau!

Namun, definisi kemenangan bagi kita berbeza dengan kefahaman kemenangan orang lain. Kemenangan yang diajar oleh para Nabi dan sahabat. Kemenangan kita dijelaskan Syed Qutb:
Kemenangan yang paling bernilai di sisi Allah ialah kemenangan jiwa atas materialistik, kemenangan akidah menghadapi sakit dan sengsara, kemenangan iman menempuh badai fitnah. Di dalam kisah pembunuhan beramai-ramai di dalam Ashabul Ukhdud (walapun secara kasar ia menunjukkan kekalahan Islam dan kemenangan Musuh-musuh Islam), nyata sekali kemenangan orang-orang beriman itu mengalahkan perasaan takut dan sakit; kemenangan mengatasi godaan-godaan duniawi, kemenangan menghadapi fitnah, kemenangan kehormatan umat manusia di sepanjang zaman. Inilah kemenangan sejati! (Maalim Fit Toriq)
Ya, itulah erti kemenangan yang hakiki. Kemenangan dalaman yang amat tinggi nilainya. Bila kita memahami perkara ini dengan baik. Maka kita akan berusaha sedaya upaya memelihara diri kita daripada menjadi bakaran api neraka. Kita akan melawan supaya hati kita tidak rosak. Mengelakkan jiwa kita daripada dirosakkan oleh pandangan wanita, masa kosong yang tidak bermanfaat dan hari-hari yang lesu.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (Surah Tahrim:6)
Sedikit persoalan
Kita ambil sedikit masa sebentar...tanya soalan2 ini pada diri kita dan jawab dengan jujur tanpa perlu menghalakan pada orang lain. Dalam kesibukan dakwah kita seharian....
  • Bilakah masa terbaik yang kita berikan untuk membaca al-Quran?
  • Berapa lama mata kita tidak mengalirkan airmata kerana mengenang dosa kita?
  • Adakah kita merasa berat untuk menadah tangan selepas solat?
  • Sudah berapa lama dahi kita tidak diletakkan di atas sejadah pada waktu malam ketika manusia lain nyenyak tidur?
  • Apa yang kita lakukan ketika mendengar seruan azan?
Sudah ada jawapan? Simpanlah dan jadikan ia rahsia antara kita dengan Allah s.w.t. Junaid al-Baghdadi sewaktu ditanya: Mengapa aku merasa manusia menjauhkan diri daripada dakwahku? Beliau menjawab:
Lihatlah apa yang bercampur baur di dalam hati mu.
Syeikh Ahmad ar-Rasyid berpesan pada pendakwah:
Setiap dakwah yang mahu istiqamah dalam jalannya menuju Allah, hendaklah melangkah melalui istiqamah. Istiqamah pintunya ialah mihrab (ar-Raqaiq)
Takutlah kita semua akan hadis yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w ini:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan. (Riwayat Ibnu Majah)
Berpijak di bumi nyata....
Saya akan berkongsi sedikit tips yang saya kutip atas perjalanan ini daripada para Murobbi yang menunjukkan teladan terbaik atas Jalan ini:
1. lakukan amalan harian (bacaan al-Quran, solat sunat, qiamullail, zikir dan lain2) sehingga Allah s.w.t merasa kasihan melihat amalan kita. Inilah yang ditanam pada generasi awal ketika Qiamullail diwajibkan.

2. pilihlah masa yang paling terbaik dalam hari kita untuk duduk membaca al-Quran, menghayati dan memikirkan makna-maknanya. Masalah kita adalah kita membaca al-Quran untuk dihabiskan semata-mata

3. Keluarlah bersusah-payah menyampaikan kebaikan. Berkenalan dengan orang-orang baru samada bangsa sendiri atau bangsa asing spt Arab, Inggeris dan lain2. Rajinkan mulut bersembang dan tutuplah pertemuan tersebut dengan hadiah daripada hadis Nabi s.a.w atau ayat Quran.

4. Beramal dalam lapangan masing-masing dengan penuh bersungguh-sungguh. Curahkan kreativiti dan tenaga kita secara optimum. Bekerja seolah-olah Hari Kiamat esok hari. Bekerja sehingga kita tertidur dalam kerja2 kita.

5. Kita sangat takut untuk berkata, “Saya yang buat ini”… “ Saya dah habiskan banyak duit saya”… “Saya dah korbankan macam-macam…” dan “Saya…saya…saya…”. Bila kita buang perkataan ini pasti kita akan rasa kerehatan dan ketenangan yang mendamaikan dalam kehidupan kita.
Dengan ini, jika gabungan (Roh yang hidup + Dakwah/Tarbiyah yang bersungguh) ini dilakukan, nescaya kita akan dapati pelbagai idea datang mencurah2, pelbagai jalan keluar untuk masalah kita dan bermacam-macam penyelesaian datang daripada arah yang tidak disangka2!
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah at-Tolaq:2-3)
Asas Kerajaan Nabi Daud a.s
Nabi Daud a.s sentiasa bertasbih pada waktu petang dan pada waktu pagi ketika terbit matahari, lalu Allah swt mempermudahkan gunung-ganang sehingga dapat bertasbih bersama-sama baginda. Allah swt berfirman dalam surah Sod ayat 18-20:
إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالإْشْرَاقِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.”
Lalu Allah swt mengurniakan kepada baginda suatu kurniaan yang amat besar yang difirmankan oleh Allah selepas itu:
وَشَدَدْنَا مُلْكَهُ
Maksudnya: “Dan Kami kuatkan kerajaannya…”
Sesuatu dakwah yang mendakwa dirinya sebagai dakwah Islam tidak akan teguh kekuasaannya dan akan dapat dikalahkan jika para pendokongnya tidak melakukan tasbih pada waktu petang dan pada waktu pagi (ketika terbit matahari).

Lagu Kedamaian Seorang Mukmin
Biarlah kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb menutup tulisan ini, mengambarkan betapa damai dan rileksnya jiwa orang beriman setelah memahami tabiat sebenar perjuangan dakwah dan tarbiyah mereka:
Sesungguhnya lapangan perjuangan bukanlah terhad di dunia dan bumi ini sahaja. Para saksi terhadap perjuanganmu dan jerih payah mu bukanlah hanya umat mahusia yang hidupnya terbatas dalam lingkungan generasi tertentu sahaja. Para malaikat dan penghuni langit pun sebenarnya pun menyaksikan setiap aktiviti-aktiviti kehidupan dunia, mereka menjadi saksi atas segala kejadian dan aktiviti itu, juga peranan membuat perhitungan dan statistik mengenai nilai kejadian itu. Para malaikat penghuni langit bertugas menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk orang beriman berlipat ganda lebih baik daripada ruangan dan tempat tinggal yang dapat dibuat oleh penduduk bumi. Dan adalah pujian dan markah yang, diberi oleh para malaikat penghuni langit itu lebih bernilai daripada pujian seluruh penghuni dunia ini.Kerana di sana, akhirat jualah tempat kesudahannya! (Bab Inilah Jalannya)
Saat-saat akhir sebelum as-Syahid Sayyid Qutb dibawa ke tali gantung. Berjalan mendapatkan rindu kekasihnya. Setelah bertahun-tahun diseksa di dalam penjara. Masa yang dinanti telah tiba. Selamat Tinggal Dunia yang penuh pancaroba dan ujian yang tidak pernah padam. Selamat tinggal hai dunia yang penuh melalaikan!

~baru-baru ni, baru saya faham kenapa as-Syahid Sayyid Qutb begitu tenang menyerahkan lehernya di tali gantung.....biarpun beliau diberi peluang dibebaskan daripada hukuman tersebut, tetapi beliau tetap menolak!

Friday, December 2

Mesti Baca! Karya 6 Tokoh Penggegar Dunia

Buku-buku karya ulama' Islam kini banyak tersusun rapi di rak-rak buku. Habis berhabuk menanti masa untuk silap hari bulan akan masuk ke dalam kotak. Bahkan lebih menghairankan novel-novel cinta dan majalah yang memenuhi rak-rak buku di rumah. Itulah realiti Generasi Y hari ini yang lebih prefer menjadikan Google, Youtube dan Facebook sebagai asas membina cara fikir Islam mereka. Kekhuatiran ini menjadikan saya merasa risau dan takut tentang stand2 yang mereka gunakan di dalam menghadapi pertarungan sengit arus globalisasi hari ini. Namun ini tidak menjadikan saya menafikan peranan media tersebut di dalam usaha menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar. Cuma takutkan mereka hanya "menang sorak tapi kampung tergadai". Cabaran adalah menjadikan bahan bacaan ini relevan dan terus dipelajari oleh anak-anak muda yang baru bertatih atas Jalan yang sangat panjang ini.

Alhamdulillah. Keputusan awal pilihanraya Mesir telah keluar dan menunjukkan kebanyakkan kerusi-kerusi parlimen dimenangi gerakan-gerakan Islam yg pelbagai latar belakang dari Ikhwan, Salafi dan lain-lain. Tahniah, kemenangan ini tidak harus membuatkan para pendakwah berasa selesa dan mula mengimpikan mimpi2 indah dalam tidur-tidur mereka. Perjalanan kita masih jauh sebenarnya…Perjalanan kita baru bermula hakikatnya….

Eng. Khayrat Syatir, Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin membuang undi beliau dalam Pusingan Pertama Pilihanraya Mesir baru-baru ini. Sebelum ini beliau telah dipenjarakan oleh Rejim Mubarak atas tuduhan yang tidak masuk akal.

Ramai orang melihat kejayaan Ikhwan dalam pilihanraya di Tunisia dan pusingan awal di Mesir pada apa yang mereka raih sekarang. Mereka pun seronok dan menjerit kegembiraan. Satu permandangan yang sukar dilihat puluhan tahun dahulu. "Kemenangan Islam sudah hampir!" teriak mereka. Namun, realitinya ramai yang tidak tahu. Hakikatnya, kerja-kerja mereka bermula puluhan tahun lalu. Mereka mendidik masyarakat dengan pelbagai aktiviti kebajikan, membina pusat-pusat penjagaan anak yatim dan janda, membina hospital percuma bagi orang yang tidak mampu, membina sekolah-sekolah yang menerapkan nilai-nilai Islam, memberi khidmat guaman kepada yang dizalimi,mewujudkan media-media Islam yang mengeluarkan buku2, lagu-lagu, pelekat dan lain-lain lagi . Semua ini dilakukan sepanjang mereka dibantai oleh pemerintahan diktator hinggalah ke zaman Presiden Husni Mubarak. Semua ini dilakukan dalam keadaan mereka tidak sampai ke pemerintahan negara pun lagi!!

Rakyat Mesir sangat gembira dengan “KEBEBASAN” yang mereka peroleh daripada revolusi ini. Lebih 30 tahun mereka hidup dalam kemiskinan tahap dahsyat. Saya sendiri terharu dan kasihan melihat seorang ibu mungkin umurnya 70+ duduk di tengah kepanasan mengharapkan sesuap makanan. Ribuan rakyat mereka menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat tinggal kerana tidak mampu. Sedangkan pimpinan negara Mesir bermewah-mewah dengan kekayaan negara daripada Terusan Suez yang mengutip ratusan juta dolar setiap hari.

Mereka jelas bahawa perubahan yang ingin dicapai bukan sekadar merebut kerusi Presiden atau menumbangkan sebuah kerajaan yang korup semata-mata. Perubahan bagi mereka bukan kemenangan di Parlimen dan menjadi Presiden sesebuah negara sahaja. Perubahan mereka adalah perubahan akar-umbi. Dalam erti kata, menggantikan pemerintahan tersebut dengan pemimpin yang memiliki sifat:
1. Amin: pemimpin yang soleh dan bertakwa. Pemimpin yang memahami bahawa dirinya akan dihisab dengan berat oleh Allah s.w.t. Lantas dia mentadbir negara seiring dengan kehendak Allah.
2.Qawi: Pemimpin benar-benar pakar dan ahli dalam bidang yang diperlukan negara. Bukan pemimpin celup-celup yang tidak berpengalaman. Mereka terdiri daripada Pakar nuklear, Pakar Kimia, Pakar Fizik, Pakar kajibumi dan lain-lain bidang dalam negara.
Abul ‘Ala al-Maududi mengungkapkan:
Matlamat asasi perjuangan ialah melakukan Reformasi Kepimpinan ataupun dalam erti kata Iain membersihkan bumi ini daripada kepimpinan yang tidak baik, penuh kezaliman dan penindasan lalu digantikan dengan kepimpinan yang baik dan soleh (Asas Akhlak bagi Gerakan Islam)
Hal ini dijelaskan Ustaz Fathi Yakan di dalam tulisan beliau:
Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya sistem Islam.(Generasi Muda dan Perubahan)
Ikhwan Muslimin bukan semata-mata mahukan tokoh mereka menang dalam pilihanraya sahaja. Tetapi mereka mahukan dukungan daripada masyarakat. Rahsia kejayaan mereka terletak pada pentarbiyah rapi dan dakwah yang berterusan dalam masyarakat. Mereka tidak muncul ketika pilihanraya kemudian lesap selepas itu. Fikrah mereka adalah Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Islam yang syumul.Islam adalah rahmat buat dunia. Islam yang disalah-faham oleh dunia hari ini termasuk umat Islam sendiri. Mereka hidup dan mati atas Fikrah ini. Segala-galanya dikorbankan bagi memastikan fikrah ini terus hidup biarpun nyawa dan anak isteri menjadi taruhan. Perkara ini diungkapkan al-Maududi:
Inilah juga yang telah disempurnakan oleh baginda SAW selaku Rasul terakhir. Cuma apa yang menarik ialah bagaimana baginda menggunakan pendekatan tadaruj (berperingkat) iaitu dimulai dengan memantapkan iman dalam skopnya yang luas sehingga mampu membawa orang yang telah beriman itu tadi ke arah memenuhi segala tuntutan imannya. Dari situlah lahirlah ketaatan secara amali ataupun Islam. Bermula dengan kesucian akhlak kemudian seterusnya kecintaan serta wala' yang mutlak kepada Allah ataupun ihsan. Peribadi-peribadi tersebut kemudiannya digembeleng secara tersusun oleh baginda SAW untuk menghapuskan sistem Jahiliyah seterusnya menegakkan sistem kehidupan yang bersumberkan dari manhaj Ilahi.
(Bab Contoh Salah Faham dan Cara Menanganinya)
InsyaAllah saya akan bawakan selepas ini kenapa kita semua mesti membaca buku-buku dan tulisan mereka. Pengajaran untuk kita yang baru bertatih di atas jalan dakwah ini. 6 TOKOH ini berjaya menjelaskan kepada kita bagaimana cara praktikal untuk menegakkan kembali Islam di zaman moden ini. Tidak menafikan sumbangan dan tulisan tokoh-tokoh lain, tetapi bagi mereka yang ingin mendalami dan menguasai Fikrah ini, tulisan 6 Tokoh ini adalah intipatinya.

Imam Hasan al-Banna (Pemuda al-Quran yang Ajaib di Zaman Moden)

Gambar Hasan al-Banna sewaktu menerima kunjungan pemimpin gerakan Islam Indonesia selepas Perang Dunia Kedua.

Syed Qutb (Sasterawan yang dizalimi musuh Islam dan gerakan Islam sendiri)

Gambar yang mengandungi seribu makna. Usaha Barat supaya umat Islam takut dan memandang rendah usaha Syed Qutb berjaya

Abu ‘Ala Maududi (Wartawan Mujahid yang menggegar Benua India)

Lawatan beliau ke Amerika Syarikat pada tahun 60an.

Fathi Yakan (Sang Guru yang Kreatif dan Simple)


Muhammad Ahmad Ar-rasyid (Penghidup sastera salaf Haraki)


Mustafa Masyhur (Jurubicara Fikrah Hasan al-Banna)


Benarlah kata2 Saidina Ali:
اذا مات العالم ثلمت في الاسلام ثلمة, لا يسدها الا خلف منه
“Apabila mati seorang ulama’, akan lompong di dalam Islam satu lompong, (ia akan kekal lompong) sehinggalah dipenuhi orang selepasnya”
Saya tahu mereka adalah orang Arab. Dan kita pula rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Terima kasih pada mereka kerana telah menjelaskan asas-asas untuk kita jadikan pedoman dalam menyesuaikan praktik amali dalam kerangka Islam di bumi Malaysia. Kerana itulah Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa dakwah dan bahasa penghubung umat Islam seluruh dunia kerana kita sendiri membaca al-Quran setiap hari dalam bahasa Arab! Mereka telah pergi meninggalkan legasi yang tidak ternilai harganya. Namun, kematian mereka menyedarkan kita bahawa telah hilang panduan yang hidup untuk kita lihat dan contohi. Maka kitalah yang akan mengisi kekosongan itu dan menggantikan tempat mereka.

Moga Allah memberikan saya kekuatan untuk menulis kenapa karya 6 Tokoh ini wajib dibaca dan dipelajari oleh semua anak muda yang mahu memastikan langkah mereka tetap konsisten atas Fikrah ini.

Saturday, November 12

Jangan Tertipu (1)

Pendakwah adalah pembawa bendera kebaikan di dalam masyarakat. Keberkatan Allah akan datang bersama pendakwah yang ikhlas dan bersungguh dalam menyebarkan cahaya Allah. Berapa ramai pendakwah yang banyak menghabiskan wang ringgit, tenaga, waktu dan keringatnya akhirnya pada hari Kiamat nanti tergolong di dalam golongan yang disebutkan di dalam al-Quran:
"orang-orang yang sia-sia segala usaha dan jerih payah mereka di dunia padahal mereka menyangka mereka sudah menghasilkan yang terbaik" (Surah al-Kahfi ayat 104:)
Usaha menegakkan Islam tidak akan sunyi daripada pelbagai gangguan dan ancaman. Para pendakwah mestilah di permulaan dakwahnya, melonjak dengan 2 perkara:

1) Hati yang bulat mencari redha Allah s.w.t. Tiada matlamat lain. Firman Allah:
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah tuhan seluruh alam" (Surah al-An'aam:162)
2)Usaha yang kuat tanpa henti. Firman Allah s.w.t:
"Wahai Yahya, ambillah Kitab ini dengan kuat!" (Surah Maryam:12)
Kedua-dua perkara ini adalah asas untuk para pendakwah terus konsisten atas KEBENARAN. Musuh-musuh Allah daripada manusia dan syaitan akan sentiasa berusaha supaya 2 asas ini runtuh dan hilang daripada jiwa pendakwah agar mereka terpesong dan menghabiskan masa terulit dengan penyakit dalaman yang merugikan usaha-usaha dakwah.

Tulisan ini adalah sedikit pesanan buat kita para pendakwah muda. Zaman muda inilah yang membentuk peribadi dan cara fikir kita di masa tua nanti apabila beralihnya kita daerah umur itu. Berbahagialah mereka yang memanfaatkan usia muda dengan urusan-urusan besar dan Menyesallah! Menyesallah! Menyesallah mereka yang menghabiskan usianya pada perkara remeh-temeh.
Firman Allah s.w.t:
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami sekarang adalah orang-orang yang yakin” (Surah Sajadah:12)
NAFSU YANG MENYESATKAN
Manusia dikurniakan Allah nafsu di samping akal dan hati. Nafsu sentiasa cenderung untuk merasai kelazatan syahwat. Menurut ulama’, nafsu terbahagi kepada 2:
Nafsu Zahir: kelazatan pada makan, minum, hubungan seks
Nafsu Tersembunyi: kelazatan pada pujian manusia, perasaan lebih baik dari orang lain, rasa diri berbeza dan lebih mulia


Kelazatan pada perkara ini membuatkan ramai orang jarang mengambil berat tentangnya. Lalu tenggelamlah mereka ke dalamnya tanpa memikirkan batas dosa dan pahala hingga tibalah balasan Allah: :
"Bukanlah Allah yang menzalimi mereka tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri” (Surah An-Nahl:33)
Nafsu adalah ujian Allah kepada hamba-hambanya. Tanpanya, seorang hamba tidak akan merasa kesusahan dalam melakukan ketaatan dan ikhlas kepada Allah s.w.t.

Nafsu Zahir dikawal oleh syariat dengan halal dan haram, harus dan makruh dan seterusnya…orang yang memiliki iman yang benar akan mudah melaksanakannya.
Adapun Nafsu Tersembunyi, ia lebih sukar kerana tidak dapat dilihat mata kasar. Bahkan ia lebih lazat dan disukai manusia.

Nafsu tersembunyi
Di antara ciri itu adalah merasa diri lebih daripada orang lain lalu memperelokkan kerja-kerjanya di depan orang lain. Para pendakwah mesti berhati-hati dalam perkara ini. Siapa tidak seronok mendengar pujian orang dan kredit yang diberikan pada usaha-usaha dakwahnya.
Namun begitu, bukanlah seseorang itu hanya memperlihatkan kerja-kerjanya supaya orang ramai bercakap tentang kebaikan usahanya sahaja tapi lebih merbahaya, seseorang merasa bangga dengan usaha dan kerja tulang empat keratnya! Sehingga merasakan jatuh bangun dakwah bergantung sepenuhnya pada kerja2 yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

Bahaya Kagum dengan diri sendiri
Perasaan-perasaan sebegini adalah tanda penyakit hati. Ia akan menghapuskan amal soleh dan berhak mendapat murka Allah s.w.t. Sabda Nabi s.a.w:
"Orang yang menyesal menunggu rahmat Allah, orang yang bangga diri menunggu kemurkaan Allah” (Riwayat Baihaqi)
Saidatina Aisyah r.a ketika ditanya: Bilakah seseorang itu dianggap berbahaya? Beliau menjawab:
Apabila dia merasa dia lebih baik
Abdullah bin Mubarak juga ditanya apakah tanda bangga diri:
Engkau melihat pada diri engkau sesuatu tapi tiada pada orang lain.
Syeikh Agha Shamsuddin Mengajar Kita
Syeikh Agha Shamsuddin adalah rahsia di dalam kejayaan Muhammad al-Fatih membebaskan Kota Konstantinople dari tangan tirani, Empayar Byzantium. Beliau telah melakukan pendidikan yang rapi dari aspek akhlak, kerohanian, ilmu perang, ilmu mentadbir negara dan menguasai 6 bahasa utama dunia sehingga Muhammad al-Fatih berjaya melaksanakan misi Nabi s.a.w ketika umurnya 21 tahun:
"Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera" (Riwayat Ahmad)

Di dalam Kitab al-Badr at-Toli ’ tulisan Imam Syaukani, dicatatkan satu peristiwa Maha Hebat sebaik sahaja Kaum Muslimin Berjaya membuka kota Konstantinople daripada Empayar Byzantium:
Keesokkan harinya (sehari selepas pembukaan Konstantinople), Sultan Muhammad al-Fatih datang ke khemah Syeikh Agha Shamsuddin. Ketika itu, syeikh sedang berbaring dan tidak berdiri langsung menyambut kedatangan Sultan (Sultan Muhammad telah berjaya menundukkan Empayar Byzantium, merealisasikan sabda Nabi s.a.w yang menjadi cita2 umat Islam sejak zaman Muawiyah lagi dan menggerunkan Eropah dengan kuasa Islam).
Sultan pun mencium tangan syeikh dan berkata: Beta datang kerana ada satu permintaan. Beta ingin bersendirian denganmu (berbincang dan meluahkan rasa gembira). Syeikh menolak. Namun Sultan mendesak berkali2 , dan setiap kali jugalah Syeikh menjawab: Tidak!
Sultan pun murka lalu berkata:
Dulu ada seorang Turki biasa mahu berbincang bersendirian denganmu dan engkau benarkan hanya dengan satu permintaan. Tetapi ketika beta memintanya, engkau menolak pula!
Syeikh Shamsuddin menjawab:
Jika engkau bersendirian, engkau akan rasa keseronokan hingga leka daripada urusan pemerintahan. Itu akan menggugat urusan pemerintahan adan Allah akan memurkai kita kerana itu. Tujuan kita bersendirian ini ialah melaksanakan keadilan. Engkau sepatutnya lakukan itu dan ini.
Syeikh pun memberikan Sultan beberapa nasihat. Selepas itu, Sultan menghantar seribu dinar emas tetapi syeikh tidak mahu menerimanya. Ketika keluar dari khemah, Sultan Muhammad berkata kepada pengikutnya: Syeikh tidak berdiri pun menyambut saya
Seorang pengikutnya berkata:
Mungkin beliau melihat ada perasaan bangga pada diri Tuanku kerana kemenangan ini. Ia satu perkara yang sukar dielak oleh sultan-sultan yang hebat. Mungkin syeikh mahu membunag sedikit perasaan bangga ini daripada tuanku.
Segala perasaan mulia, bangga dan izzah di dunia ini hanya milik Allah sepertimana diungkapkan oleh as-Syahid Syed Qutb:
"Rasa agung dan mulia berdasarkan kebenaran hakiki kebenaran yang sebati dengan tabiat alam. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar deh kekuatan, oleh konsep dan realiti. Kebenaran atau "hak" yang bersambung dengan Allah Yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati" (Maalim fit Toriq)
Beliau juga memberi sedikit komentar tentang hakikat rasa mulia dan bangga:
Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjatnya, paling tinggi darjat tempat pergantungannya. Apakah nilai dunia seluruhnya, manusia sekaliannya, nilai yang besar pengaruhnya, dan pandangan-pandangan hidup manusia sedangkan dia menerima tugasnya daripada Allah dan akan melaporkan sendiri hasilnya di hadapan Allah dan dia menghayati program Allah? (Petikan Bab Keagungan Iman)

Friday, October 21

HIMPUN: Harapan itu masih ada..Yakinlah!

Saya terdetik untuk menulis di pagi hari ini. 22/10/2011. Tarikh bersejarah umat Islam di Malaysia buat pertama kali menolak ke tepi segala perbezaan ideologi, warna kulit dan logo masing-masing berhimpun atas satu perkara yang sama yang Allah s.w.t menjadikan kita semua sebagai satu keluarga yang besar…ikatan akidah. Saya doakan perhimpunan ini berjaya mencapai objektif dan diredhai Allah s.w.t. Apa2 pun berjaya atau tidak sasaran bilangan, yang penting kita sudah berusaha dan menyampaikan mesej kita.

Benarlah tulisan as-Syahid Syed Qutb di dalam buku beliau, Ma’alim Fi Toriq:
"Negara bagi setiap Muslim itu bukanlah sekadar tanah dan air tetapi "Islam", negara mana di dalamnya berdaulat akidah Islam dan berkuasa di dalamnya syariat Allah sahaja, negara di mana setiap orang Muslim menumpahkan taat setianya dan sanggup mempertahankannya, rela mati bermandi darah dan gugur syahid untuk mempertahankan negara itu dari segala ancaman dan pencerobohan dan untuk melebarkan lagi sayapnya mendaulatkan syariat Allah di seluruh pelosok dunia. Itulah Negara Islam bagi setiap orang yang menghayati Islam sebagai akidah dan syariat, juga bagi setiap orang yang rela dan patuh menerima syariat Islam menjadi undang-undang negara”.
(Petikan bab Kerakyatan seorang Muslim adalah Akidahnya)
Walaupun saya jauh dari tanah air, saya mengikuti rapat usaha2 HIMPUN ini yang pada awal projek ini, fanpage hanya 100 orang sahaja yang ‘like’ hinggalah ke saat ini sokongan mencecah lebih 1000 NGO yang akan turut serta. Saya tidak ingin menyentuh tentang berapa ramai yang hadir pada hari HIMPUN ini, adakah berjaya sejuta orang atau tidak. Tetapi sudut berbeza yang saya nampak peluang, ruang dan potensi lebih besar untuk digembleng ke arahnya… Membangun Ummah Beragenda.

Rasa gembira bercampur baur dengan rasa terharu melihat promosi dan kenyataan demi kenyataan oleh pimpinan politik, badan bukan kerajaan, gerakan mahasiswa dan keluarga terdekat yang satu nada menjulang isu yang sama “Selamatkan Akidah!”. Hatta nasyid tema oleh Munsyid Malaysia sangat menyetuh hati saya. Buat seketika media massa sunyi sebentar daripada cerita2 sensasi, fitnah-memfitnah dan memburuk-burukkan satu sama lain. Tahniah kepada anda semua!

Kalau tak silap saya, kali terakhir lagu yang digubah untuk isu umat Islam oleh gabungan PENASYID adalah lagu "Keamanan" dan "A Street in Kosovo" pada 1999. Bahkan Almarhum Ust. Fadzil Noor pernah duduk sepentas dengan Tun Dr. Mahathir atas isu Palestin pada Syarahan Perdana Isu Palestin anjuran ABIM dan DBP pada 8 Mei 2002.

Saya petik tulisan Sheikh Ahmad al-Rasyid dalam buku beliau, al-Masar:
Sesungguhnya kebaikan masih banyak dalam masyarakat kita. Keperluan gerak kerja kita pada hari ini adalah ke arah:
1. Cita-cita besar yang menyedarkan orang2 yang tidur dan membangunkan orang2 yang duduk
2. Kesedaran yang membuka mata orang yang mengikut membabi buta
3. Keberanian yang merangsang orang2 yang takut
4. Rasa rendah diri yang mengembalikan orang2 yang terkeluar kembali bersatu
Beliau turut menyatakan kerugian yang mungkin dialami pendakwah:
“Sesungguhnya pada generasi hari ini, kita lihat pada mereka masih banyak lagi unsur-unsur kebaikan. Jika kita berlengah-lengah dan banyak membuang masa maka penglibatan mereka dalam projek-projek kita akan sedikit dan kita akan melahirkan generasi yang jauh dari Islam”.

Pemuda adalah tempoh paling penting dalam kehidupan seorang manusia. (Rujuk tulisan saya dahulu). Budaya berkahwin awal sudah sinonim di kalangan mahasiswa/mahasiswi di Mesir. Saya juga tidak terlepas terkena bahangnya. Hinggakan kawan2 di tanah air bergurau, “Aku tengok kalau nak kahwin awal, kena pergi belajar di Mesir. Tapi aku peliklah. Kau ni ketara sangat lawan arus. Umur kau tu bukan umur budak habis SPM. Dah boleh sambut Jubli Perak tau!”. Saya hanya tersenyum mendengar usikan beliau.

Post pertama saya tentang perkahwinan, Sayang, Ikatan Kita Ikatan Wafa’ telah mencatat kenaikan mendadak terhadap pengunjung blog saya. 7 kali ganda daripada angka pelawat yang biasa. Hingga ke saat ini post ini sahaja yang konsisten bertambah pembacanya dari masa ke semasa berbanding posting2 saya yang lain. Kenapa ya?

Terkenang pada tahun 2009 dahulu, ketika saya diziarahi guru saya di rumah. Saya bertanya padanya: Kawan2 saya di kuliah sedang sibuk membahaskan perkahwinan di alam belajar. Masing2 memberi respon dari segi kesan positif dan negatif. Apa pendapat guru?

Guruku terdiam sebentar seolah2 sedang menyusun ayat. Kemudian dengan wajah tersenyum, beliau menjawab:
“Hai anakku, setiap manusia akan sibuk dengan apa yang mereka jadikan agenda. Jika itu agenda yang ingin mereka capai, segala tumpuan dan tenaga akan ke situ. Alangkah indahnya, jika agenda mereka itu menegakkan kalimah Allah, pasti segala kesibukan hatta perkahwinan sekalipun neracanya adalah mendaulatkan kalimah Allah”.
Terima kasih sang Guru atas nasihatmu. Akan ku pegang sepanjang hayat. Gerakkan dan pupukan kesedaran masyarakat kita akan agenda sebenar hidup mereka. Ayuh teman, kita Membangun Umat Beragenda!

Tuesday, October 11

Jangan biar ia padam


Kali ini tulisan saya panjang sedikit. Ia adalah monolog saya sendirian. Tulisan untuk diri sendiri...tulisan untuk cermin jiwa sendiri....siapa yang rajin nak baca sampai habis silakan.

Akhir-akhir ini dengan pelbagai himpitan yang berlaku. ditambah sedikit sebanyak perasaan sedih dan simpati terhadap saudara-saudara seakidah saya di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Mindanao, Chechnya, Somalia, Syria dan lain2. Dada saya agak sempit tersangat2. jiwa juga terasa tersepit2....

Kashmir, wilayah Islam di utara India, Asia Selatan yang terus sunyi tanpa pembelaan daripada mana-mana negara Islam. Konflik yang berterusan sejak 1947 dianggap konflik paling lama di dunia selain Palestin dalam sejarah moden hari ini. Ribuan nyawa telah melayang sejak perebutan wilayah ini antara Pakistan dan India. Airmata mereka sudah kering kerana terlalu lama menanti tangan-tangan yang menghulurkan bantuan...
Baca sejarah mereka di sini

Saya tidak akan lupa selama-lamanya buat nasib saudara yang ditindas di negara2 Islam. Setiap malam airmata cuba ditahan2 supaya tidak berderai menyesali apa yang saya sumbangkan untuk meringankan penderitaan mereka. Kemewahan, keselesaan dan ketenangan yang saya rasai tidak adil buat mereka kerana mereka pada setiap hari terpaksa memikirkan bagaimana mencari sesuap makanan dan cara2 untuk terus survive drpd terkorban dalam konflik yang tidak nampak hujungnya......Maafkan jika ada hari2 yang saya lalui penuh kelalaian tidak sempat mendoakan keringanan buat anda di sana

Bihest-e-Shuhdai-e-Kashmir bermaksud Syurga Para Syuhada' Kashmir adalah kubur terbesar bagi penduduk Islam yang terbunuh dalam konflik dengan kerajaan Hindu India sejak lebih puluhan tahun yang lalu. Dianggarkan wujud 500 kubur beramai-ramai di serata bumi Kashmir. (sumber: aljazeera.net/english)

Perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak semudah yang dikata. Perjuangan ini adalah pertembungan antara iman dan hawa nafsu. Tabiat iman itu susah manakala tabiat nafsu itu sukakan keselesaan dan kerehatan. Syeikh Ahmad ar-Rasyid mengungkapkan di dalam karya agungnya fikh dalam berdakwah, buku al-Muntolaq:
"Para pendakwah sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya".
Oleh itu, perlu sentiasa dan berterusan kita untuk memeriksa hati-hati kita dan menutup segala ruang yang boleh membolak-balikkan hati kita daripada tarikan iman kepada hawa nafsu yang melalaikan.

Kekuatan dalaman adalah rahsia mengapa umat islam di zaman awal Islam diwajibkan bangun qiamullail sehingga bengkak2 kaki mereka. Lalu dengan rasa kasihan melihat ibadah mereka, maka Allah meringankan dan hukum bertukar sunat. Namun, Rasulullah s.a.w terus diwajibkan kerana tugas menyampaikan risalah Islam sangat2 berat. Suatu hari seorang syeikh yang saya berguru dengannya menyebut:
" Kamu adalah roh baru yang mengalir dalam jasad umat ini' Kamu adalah keazaman yang kuat dan kekuatan dalaman untuk menjayakan agenda yang besar untuk umat. Roh adalah penolak anda untuk terus berkorban, hidup untuk orang lain dan tidak sama sekali berfikir untuk berhenti beramal"


Hari ini bermacam2 cara dicuba untuk menyelamatkan iman di akhir zaman ini. As-syahid Syed Qutb pula mengungkapkan formula yang sangat menarik tentang cara2 menanamkan iman yang luar daripada kefahaman orang biasa:
"Iman yang sebenar tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya di dalam hati melainkan setelah hati ini bermujahadah melawan manusia semata-mata demi iman ini. Melawan manusia dengan membenci kesesatan dan kejahilan mereka, dan sentiasa bertekad untuk mengalihkan manusia daripada kesesatan ini kepada kebenaran dan kepada Islam. Melawan manusia dengan lisan yang menyampaikan dan menjelaskan tentang Islam, menepis segala kebatilan mereka dan menyuarakan kebenaran yang dibawa oleh Islam". ( dipetik daripada buku Inilah Islam)
Beliau menambah lagi:
"Iman yang sebenar juga tidak akan mantap di hati kecuali setelah hati ini bermujahadah melawan manusia kerana secara tidak langsung ia sebenarnya telah bermujahadah melawan dirinya sendiri. Mereka selama-lamanya tidak akan memahami fenomena alam ini jika masih memerap diri, duduk dalam keadaan aman dan selesa."
Perjalanan menuju kepada Allah adalah membawa hati yang suci bersih pada hari Kiamat. Oleh itu, seorang ulama' islam sering mengingatkan anak-anak muda di zamannya:
"Wahai anak muda! kefahaman lidahmu tanpa amalan hati tidak akan membawa engkau kepada kebenaran walaupun selangkah. Sesungguhnya perjalanan ini adalah perjalanan hati" (al-Kailani)
Perjalanan ini tidak kenal henti. Imam Ahmad ketika ditanya oleh anak-anak muridnya, mengapa tidak beliau menyerah sahaja kepada tuntutan penguasa supaya dapat berehat sebentar daripada seksaan yang dahsyat kerana mereka terlalu kasihan melibat tubuh gurunya yang lunyai menjawab:
"Anakku, rehatku hanya apabila aku pasti salah satu kakiku ini berada di dalam syurga"
Facebook adalah fenomena yang sangat2 merugikan generasi muda Islam. Menurut kajian Institut Sosial Malaysia (ISM), 60,000 pelajar 12 hingga 18 tahun ketagih FB hingga menghabiskan sekurang-kurangnya 4 jam sehari melayari laman sosial tersebut. Berapa ramai pendakwah bermudah-mudah dalam hubungan sosial tanpa sempadan ini? Mereka sendiri membuka ruang untuk syaitan menganggu gugat hati-hati mereka agar terus lalai daripada agenda yang besar.

Coretan berupa nasihat saya kepada diri sendiri dan semua orang yang berusaha siang dan malam bekerja keras menyampaikan agenda Islam kepada masyarakat terutama buat pemuda pemudi yang bergelora jiwanya:

1. Tutuplah ruang yang boleh membolak-balikkan hati kita daripada tugasan besar. Berhati-hatilah dalam menggunakan laman sosial yang membuka seluas-luas ruang perkenalan dengan bukan muhrim tanpa asas syarak. Jika anda sudah terjebak, rawatannya sangat sukar dan memerlukan masa yang lama sedangkan umat sedang menanti kemaraan anda semua

2. Jagalah hubungan kita dengan Allah s.w.t dengan menjaga sepenuhnya amal-amal harian seperti tilawah al-Quran, zikir pagi dan petang, solat jemaah dan bangun malam mengikut kemampuan masing2.


3. Berusahalah menyampaikan Islam melalui apa sahaja medium dan cara yang ada. Janganlah menyempitkan penyebaran Islam melalui cara-cara tentu sahaja.

4. Usah membanding diri kita dengan orang lain. Setiap orang diberi kemampuan yang berbeza2 sesuai dengan diri mereka. Berusahalah sedaya mungkin dalam kemampuan kita dan bidang kita. Allah menilai usaha yang anda lakukan bukan hasil yang kita raih.


Abu Mujahid, Cairo, Mesir
11/10/2011


Monday, October 3

Syariah Islam yang Saya Fahami

Isu hudud kembali bergema. Sejak saya kecil lagi, selalunya ia dibangkitkan ketika hampir dengan musim pilihanraya. Entah kenapa hukum Allah ini boleh menjadi laba politik parti-parti politik tertentu, saya pun tak pasti. Cuma saya merasa terpanggil untuk menerangkan secara ringkas dan padat supaya golongan bukan ahli agama (keluarga saya dan masyarakat am) dapat memahami isu sebenar dan berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Alhamdulillah. Rakyat Malaysia sekarang mula bercakap tentang penegakkan syariah di Malaysia. Perbincangan secara ilmiah jauh daripada blok kepartian sempit dan kepentingan peribadi akan membuahkan kefahaman yang sebenar terhadap permasalahan penegakkan syariah di Malaysia. Setiap orang hanya perlu mengemukakan dalil masing2 dan tidak sekali2 bercakap tanpa dasar ilmu sebagai prinsip dan disiplin dalam tuntutan ilmu.

Saya secara umum gembira dengan kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz untuk Kelantan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993. Walaupun berdepan dengan polemik politik dan undang-undang tersebut tidak mungkin dilaksanakan kecuali dengan pindaan pada Perlembagaan Negara, ketegasan beliau sangat dihormati. Itulah tuntutan dan tanggungjawab tuan guru sebagai seorang muslim yang faham akan tuntutan kalimah syahadah yang diungkapkannya sebelum berjumpa dengan Allah s.w.t. Beliau menjadi idola saya sebelum Reformasi 1998 lagi.

Namun begitu, bagi saya penegakkan syariah di Malaysia ataupun di dunia suatu hari nanti bukan sekadar perlaksanaan undang-undang hudud. Tetapi syariah membawa maksud yang lebih besar daripada itu. Dalam banyak2 tasiran ulama' tentang pengertian syariah, saya lebih suka mengambil definisi mudah dan ringkas yang diungkapkan Almarhum As-Syahid Syed Qutb r.a, seorang ilmuan Islam Mesir:
"Syariat Allah itu bermaksud segala sesuatu yang telah diatur oleh Allah untuk mengurus hidup umat manusia. Ini merangkumi dasar kepercayaan dan pegangan manusia, dasar sebuah pemerintahan, dasar mengenai moral dan tatasusila dan juga dasar mengenai ilmu pengetahuan merangkumi pemikiran dan kesenian. ia merangkumi soal hakikat ketuhanan, hakikat alam seluruhnya (baik yang ghaib mahupun yang nyata), hakikat kehidupan (baik yang ghaib mahupun yang nyata), dan juga hakikat manusia itu sendiri serta hakikat pertalian segalanya itu dengan manusia" (Petunjuk Sepanjang Jalan).
Oleh itu, syariah merangkumi:
1) kepercayaan dan pegangan manusia kepada Allah s.w.t
2) apa jua bentuk politik, sosial dan ekonomi dan dasar-dasar bagi semuanya itu; supaya terlaksanalah "pengabdian yang sebenar" kepada Yang Maha Esa.
3) penguatkuasaan undang-undang yang mengatur realiti hidup manusia: iaitu yang biasa dinamakan "syariah" mengikut pengertian yang sempit dan tidak.merangkumi maksud yang sebenar menurut neraca Islam manusia hari ini.
4) asas-asas mengenai moral dan tatasusila, juga di dalam nilai-nilai yang mempengaruhi masyarakat, yang menjadi pegangan umat manusia dan menjadi ukuran bagi semua kejadian di dalam hidup bermasyarakat.
5) aspek ilmu pengetahuan dalam setiap sudut samada kegiatan fikiran dan juga kegiatan seni.

Mendefinisikan syariah kepada penguatkuasaan undang-undang hudud sahaja yang merupakan juzuk kecil daripada syariah adalah tidak adil dan tidak amanah kepada Islam itu sendiri. Inilah tafsiran sempit yang cuba ditanamkan musuh-musuh Islam kepada hakikat keindahan syariah Islam yang bersifat rahmat (hidayah). Islam datang untuk membetulkan kepercayaan tahyul dan mistik kepada ketundukan mutlak kepada Allah, memperbaiki tingkahlaku dan moral masyarakat, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi dan menyebarkan cahaya-Nya ke seluruh dunia.

Menurut Ustaz Abdul Halim Abdullah, tokoh dakwah yang tidak asing di Negeri Sembilan:
"Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, zahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja daripada Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun. Sebab itu Al-Quran yang mempunyai lebih 6000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil “Ayat-ayat Ahkam”. Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-siu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya".
Kesimpulan saya, tugas umat Islam adalah untuk melaksanakan hukum Allah s.w.t dalam segenap aspek kehidupan mereka. Adapun hudud, ia hanya sebahagian daripada syariah Islam yang lebih luas maknanya.

Dengan itu, saya menyeru kepada setiap pihak di Malaysia khususnya:
1) kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran negara dengan menyerap aspek Islam dalam soal pentadbiran, pengurusan ekonomi dan pengurusan masyarakat. Membanteras budaya rasuah, fitnah, pergaulan bebas, bahan lucah dan lain-lain. Menggubal undang-undang yang mencegah tersebar-luasnya kemungkaran dan memantapkan sistem pendidikan Islam bersepadu.
2) golongan agamawan supaya ke depan menjelaskan kefahaman Islam yang sebenar dalam masyarakat dan bersifat proaktif dalam menjawab kekeliruan yang timbul dalam masyarakat.
3) gerakan Islam yang bekerja di lapangan supaya melipat-gandakan usaha-usaha memahamkan masyarakat dengan kerja-kerja sosial, ilmiah dan lain-lain supaya Islam yang syumul sebagai satu cara hidup difahami dengan baik.

Allah sebaik-baik petunjuk dan penolong.

4/10/2011
Ustaz Izzuddin Selamat,
Jabatan Tafsir, Fakulti Usuluddin dan Dakwah,
Universiti al-Azhar, Mesir.
Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).