Semua manusia dikurnia daya upaya dan kemampuan yang berbeza2. Masing2 hanya perlu mencari titik rahsia dalam kehidupan mereka untuk melonjak dan melakar sesuatu yang bermakna dalam hidupnya. Anda sudah menemuinya? Maka tidak salah jika kita sama2 membantu kawan2 kita mendapatkan titik2 tersebut....
30 Julai 2009...... Tarikh ini menjadi lonjak mula untuk saya berkongsi secara lebih konsisten dan berorientasi. Mungkin teman2 rapat yang sudah mengenali gaya penulisan saya sebelum ini akan ketawa...Itu hak mereka, terima kasih atas kritikan dan galakan anda semua. Anda sumber inspirasi saya...
Ke mana orientasi tulisan saya selepas ini?
Pertama, pelbagai isu semasa kita perlu dikupas menurut kacamata syariat dan kepentingan negara
Kedua, sejarah memain peranan penting dalam membawa halatuju masyarakat dan negara. Namun, ia perlu diberi nafas baru dan fakta yang adil dan menyeluruh
Ketiga, masyarakat Malaysia merupakan aset yang begitu berharga. Kota Melaka telah membuktikan mereka mampu menjadi kuasa yang disegani....kita perlu menggali kebaikan mereka dan mengembangkannya
Keempat, kerangka dan bangunan Islam itu sangatlah indah. Kita cuma perlu memperkenalkannya tanpa perlu mengabaikan prinsip2nya
Moga kita sama2 dapat memberi dan berkongsi yang terbaik
p/s: 30 Julai 762...Kota Baghdad diasaskan oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur sebagai ibukota baru bagi Khilafah Abbasiyah. Baghdad menjadi bukti bahawa umat Islam sebenarnya mampu untuk mentadbir dan mengemudi masyarakat dunia kerana zaman inilah dinamakan ZAMAN KEEMASAN ISLAM
~Itu sebab utama saya memilih tarikh ini untuk blog baru saya
Selamat datang ke dunia Bloggers -Fattah (brofat.blogspot.com)
ReplyDeletesemoga thabat dalam ber amal
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletesemoga menjadi seorang muarrikh yg diperlukan dan didambakan. rabbuna yusahhil.
wsalam.
p/s: sedang menantikan post2 tarikhiah yang masih kurg didedahkan kpd org ramai. :)
salam. syukran. Harap beri tunjuk ajar, masih baru dalam "berblogging"....
ReplyDeletesejarah. saya minat
ReplyDelete