Friday, August 28

Balat Syuhada': The Battle of Tours

Salam sejahtera semua...
Alhamdulillah kita diizinkan Allah untuk bertemu Ramadhan kali ini... Segalanya membuktikan bahwa Allah masih sayang dan memberi peluang kepada kita semua

Suka sekali untuk saya berkongsi kelas pengajian yang saya sampaikan secara mingguan sepanjang bulan Ramadan kali ini di Mansurah... Ramadhan: Witness of Great History. Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir saya akan kongsikan point2 utama di sini.

Pada minggu yang lepas, saya berkesempatan menyampaikan pengisian tentang satu peristiwa penting dalam sejarah Islam dan Eropah khususnya dan kesannya pada lanskap politik dunia pada hari ini. Saya telah membuat kajian dan rujukan dan cuba bersikap adil kerana peristiwa ini mempunyai sudut pandangan yang berbeza dari sejarawan Islam dan sejarawan Barat. Peristiwa ini dinamakan Balat Syuhada' (sejarawan Islam) atau The Battle of Tours/ Poitiers (Sejarawan Barat).

Latar Peristiwa

Individu Penting:
1) Umar bin Abd Aziz
2)As-Samhu bin Malik
3)Abd Rahman al-Ghafiqi
4) Charles Martel

Polisi Kerajaan baru Bani Umayyah di bawah Umar bin Abdul Aziz
Menggantikan Gabenor Wilayah dan pegawai kerajaan yang korup dengan lelaki saleh dan bertakwa. As-Samhu bin Malik nama yang terlintas di fikiran Khalifah ketika itu. As-Samhu juga melakukan perkara yang sama ketika sampai di Andalus dengan melantik Abd Rahman al-Ghafiqi sbg penasihat

Umat yang bercita2 tinggi
Sewaktu pembukaan Andalus, Musa bin Nusair (panglima Islam ketika itu) mahukan kawasan di sebalik Banjaran Pyrenees sbg zon penampan bagi Andalus dan pembuka jalan menguasai Konstantinople. As-Samhu dan Abd Rahman mahu menjadikan Eropah sebagai Benua Islam

Kemaraan pimpinan as-Samhu bin Malik
Merancang untuk menguasi wilayah Septemia yang sangat strategik. Tentera Islam membuat persiapan di Barcelona, Catalonia. Sasaran pertama di bandar Narbonne kerana:
1. Bandar Perancis terbesar berjiran dgn Andalus
2. Dekat dgn laut
3. Zon/Markas tentera yang aktif
4. Pusat untuk menyebarkan Islam ke Selatan Eropah (Italy, Greece dll)

As-Samhu telah menawarkan pilihan kpd pemimpin Narbonne (Perang/ Jizyah) dan mereka mahukan perang. Narbonne jatuh ke tangan tentera Islam setelah 4 minggu serangan. Selepas menang, bergerak terus ke utara menuju bandar Toulouse, ibukota wilayah Aquitania. Di sana syahidnya as-Samhu bin Malik dan berlaku kucar-kacir dalam barisan tentera Islam dan tewas di tangan Odo of Aquitania. Kalau Abd Rahman tidak mengambil alih nescaya hancur lebur tentera Islam. Lalu diambil keputusan untuk berundur namun dengan azam untuk kembali. Kekalahan telah membantutkan usaha dakwah ke utara Eropah selama 10 tahun. Kekalahan di Toulouse meninggalkan luka yang dalam kpd umat Islam. Abd Rahman kemudiannya menjadi tentera biasa setelah kewafatan Khalifah Umar bin Abd Aziz


Kemunculan Semula..
Pada 730 M, Khalifah Hisyam Bin Abd Malik melantik Abd Rahman sbg Gabenor Andalus yang baru. Abd Rahman telah mengkaji sebab kekalahan Tentera Islam di Toulouse (Kelemahan Iman dan Jiwa). Beliau mula membuat persediaan menghadapi peperangan besar selama 2 tahun:
1. bermula dengan membaiki diri dan menyucikannya
2. Tanamkan roh jihad dan cita-cita agung
3. Melaksanakan keadilan kepada orang yang dizalimi oleh gabenor sebelumnya
4. Gantikan pegawai yang korup dengan lelaki saleh dan bertakwa
5. Memastikan kebajikan masyarakat bukan Islam terjaga (Kristian & Yahudi)

Mara semula ke Eropah.
Tentera Islam kembali mara ke Perancis dengan kekuatan 100,000 mujahid turun dari Banjaran Pyrenees (Barbar, Arab, Mesir, Parsi)menuju ke bandar Arles yang telah mengisytiharkan merdeka dari Kerajaan Andalus selepas kematian as-Samhu. Sampai sahaja, Odo Duke of Aquitania sudah siap menunggu dgn bala tentera dari Perancis. Namun, Tentera Islam menang kerana cinta mereka untuk mati lebih dari kecintaan musuh untuk hidup. Selepas kemenangan di Arles, mereka maju menuju ke Bordeaux, bandar terbesar di Perancis ketika itu (kunci kepada bandar lain). Kemaraan tentera Islam terlalu cepat (menguasai Lyon, Besancon dan Sens). Kemenangan di Aquitania dan Lyon telah menakutkan Eropah (jarak ke Paris: 216 KM). Odo Duke of Aquitania melarikan diri meminta bantuan Charles Martel.
~Peta negara Perancis~

Laungan dan seruan supaya Eropah bekerjasama menghalang kemaraan Islam. Mereka bersetuju bernaung di bawah pimpinan Charles Martel, Duke of The Franks. Separuh Perancis berjaya dikuasai tentera Islam dalam masa beberapa bulan. Limpahan harta terlalu banyak telah membuat Abd Rahman merasa runsing.

Balat Syuhada': The Battle of Tours
Tentera Islam mara dan berjaya menguasai bandar Tours dan Poitiers. Tours terkenal dgn Gereja yang besar dan harta yang melimpah ruah di dalamnya. Bandar ini mahu dijadikan tapak persediaan sebelum menawan ibukota Perancis, Paris.Pada masa yang sama, umat Islam mara terlalu jauh dalam kawasan musuh (jarak bantuan 1346 KM, masa bantuan selama sebulan)

Keadaan Umat Islam sebelum Perang
Keadaan tentera Islam dalam gelisah & susah hati. Berlaku perselisahan antara golongan barbar yg membentuk kelompok terbesar dlm pasukan (cenderung utk berundur dan menyelamatkan harta yang sangat banyak dahulu) Abd Rahman tiada jalan lain kecuali mengumpulkan harta di dalam khemah yang khusus dan meletakkannya di belakang.

Perang yang melibatkan sejarah manusia
Berlangsung selama 7 hari. Pada hari ke-8, tentera Islam menyerang secara serentak. Charles Martel ambil kesempatan suruh satu unit selinap ke khemah harta dan membuat kacau. Tentera Islam berpecah dan ada yang cuba menyelamatkan harta. Dalam pada itu, Abd Rahman al-Ghafiqi syahid. Kematian Abd Rahman mengucar-kacirkan tentera Islam dan berlakulah penyembelihan tentera Islam (angka syahid mencecah 10,000 orang). Kemudian keputusan berundur diambil penuh strategi (pada waktu malam dgn unggun api masih terpasang). Keesokkan harinya, musuh datang dan kem Islam kosong namun, musuh takut untuk kejar kerana bimbang ia taktik perang dan kekuatan mereka turut lemah

Kesan Peperangan ini dalam Sejarah Manusia
1. malapetaka bagi penduduk Eropah, mereka terpaksa menunggu untuk kemajuan selama 800 tahun sehinggalah zaman Renaissance akibat kemenangan Charles Martel
2. bagi umat Islam, kekalahan ini menutup usaha membuka kota Konstantinople dari arah barat dan gagalnya cita-cita menjadikan eropah sebagai benua Islam

rujukan:
1. Tarikh Muslimin fil Andalus, Dr Muhammad Suhail Thoqus
2. Suwar min Hayati Tabien, Dr Abd Rahman Ra'fat Basha
3. Abtol Fathu Islami, Muhammad Ali Qutb


2 comments:

  1. salam.
    ust din.kef hal.
    harap dpt poskan point2 tu ye. update selalu.kite baca dr msia

    ReplyDelete
  2. membaca!!

    ades..nak juga melihat!

    ReplyDelete