Sunday, August 28

Ain Jalut: The Rise of The Fall

Alhamdulillah. Pada hari terakhir Ramadan 2011 ini saya gagahkan diri untuk menulis tentang satu sejarah yang sangat2 penting dan petunjuk agung dalam kita mempersiapkan diri kita bertemu dengan Allah s.w.t. Akhirnya dapat saya berkesempatan menulis fakta-fakta sejarah yang menjadi minat saya untuk dikongsi bersama.

Seringkali pabila manusia berbicara tentang kejayaan, mereka hanya melihat yang manis-manis dan indah-indah belaka. Padahal mereka lupa bahawa ada harga yang perlu dibayar meraihnya. Tahun ini Mesir dilanda Revolusi Rakyat dan tahun ini juga saya dapati beberapa keputusan peperiksaan sahabat-sahabat saya sedikit jatuh berbanding tahun2 sebelumnya. Mungkin sedikit sebanyak coretan tulisan saya ini akan memberi sedikit pemangkin dan pencerahan untuk kita menikmati hakikat sebuah KEJAYAAN.

Selamat Menyambut Akhir Ramadan!

Latar Peristiwa

Individu Penting
1. Khalifah al-Mustaksim Billah (Khalifah ke-37 Bani Abbasiyah)
2. Sultan Saifudin Qutuz (Pemerintah Mesir)
3. Zahir Baibars (Ketua Tentera Mesir)
4. Hulagu Khan (Panglima Monggol dan cucu kepada Genghis Khan)
5. Imam Izz Abdul Salam (Ulama' yang lantang digelar Sultan Ulama')

Timeline
603 Hijrah - Empayar Monggol diasaskan Genghis Khan
651 Hijrah - Mongke Khan meluluskan serangan ke atas Wilayah2 Islam
656 Hijrah - Kejatuhan Baghdad
657 Hijrah - Sultan Saifudin Qutuz dilantik sebagai Pemerintah Mesir
658 Hijrah - Kemenangan Umat Islam di Ain Jalut

Kemunculan Tartar ke Pentas Dunia
Mereka adalah suatu bangsa yang di tinggal secara nomad di Gurun Gobi, Utara China. Empayar mereka diasaskan oleh Genghis Khan (Temujin) yang bermaksud Raja Seluruh Alam. Beliau dilahirkan di dalam keadaan bangsa Monggol berpecah belah. Beliau bangkit dan menghancurkan musuh2 dan menyatukan semua puak Monggol di bawah kepimpinannya. Mereka menganut agama yang pelik yang mencampur adukan Kristian, Buddha dan Islam. Kemunculan mereka sangat pelik kerana mampu membina empayar yang luas dari China ke Hungary di Eropah dalam keadaan latar belakang sebagai orang nomad.
(gambar 1: Tentera berkuda Monggol mengejar musuh mereka)
Kemampuan Peperangan Monggol
1. bergerak cepat dan pantas 2. mempunyai sistem yang teratur 3. bilangan yang ramai 4. pimpinan tentera yang berkesan 5. pendekatan yang keras 6. tiada belas kasihan 7. menolak untuk tunduk di bawah pimpinan orang lain 8. pasukan pemanah berkuda

Mara ke Dunia Islam
1. Tentera Salib menghantar rombongan dari Eropah ke Monggolia (12,000 KM) untuk gesa Tartar serang negara Islam dan jatuhkan Khilafah Abbasiyah di Baghdad. Mereka menjanjikan bantuan dan mata bagi tentera Tartar.
2. Genghis Khan berfikir untuk menjatuhkan Khalifah di Iraq tetapi mahu menawan dahulu kawasan antara China dan Iraq (terlalu luas) sebagai pusat bantuan sebelum serangan ke atas Baghdad. Wilayah tersebut terletak di bawah Kesultanan Khawrizm yang kaya dengan ekonomi, pertanian dan harta (Turkeminstan, Afghanistan, Uzbekistan).
3. Sebelum itu, wujud perjanjian antara Genghis Khan dan Sultan Muhammad Khawirizm Shah ketika Genghis Khan sedang menstabilakn politik di China. Setelah stabil, mahu langgar perjanjian tetapi tidak tahu bagaimana
4. Tiba2 berlaku peristiwa yang tidak terbayang oleh Genghis Khan, beberapa peniaga Monggol dibunuh di wilayah Islam. Lalu bermulalah serangan Monggol ke atas wilayah2 Islam.
Genghis Khan mati dan empayar diwarisi oleh keturunannya Ogedei, Guyuk, Mongke dan Hulagu.

Keadaan Baghdad sebelum Serangan
Khalifah- seorang yang salih tetapi lemah dalam memimpin. Lemah semangat dan cita2. Tiada keberanian dan tidak pandai memilih pembesar negara
Kerajaan- mencuri duit rakyat polis yang zalim dan pembesar negara kumpul kekayaan
Tentera- dikecilkan drpd 100,000 ke 20,000 orang dan disibukkan membina istana2 utuk pembesar
Rakyat- seramai 3 juta orang. sukakan kerehatan dan bersenang2, sibuk dengan ibadah masing2, berlebih2an dlm makanan dan pakaian, leka dengan lagu2 dan taman2 indah bahkan tersebarnya minuman arak. Mereka tidak mengambil berat ketika awal serangan Monggol ke atas Wilayah Khawarizm.

(gambar 2: orang Islam Baghdad leka bermain instrumen muzik)
Umat Islam akan sentiasa mengulangi sejarah jika mereka tidak mengkajinya. Apabila generasi muda disibukkan denga perkara remeh-temeh maka musuh tidak akan menunggu lama. Kejatuhan Baghdad bukanlah kerana musuh terlalu hebat tetapi generasi muda tenggelam dengan hiburan hingga hilang taring dan keberanian mereka. Hari ini sejarah kembali berulang seolah-olah ia tidak pernah berlaku sebelum ini.


Kejatuhan Baghdad
Baghdad dikepung. Pada 12 Muharam 656H, Khalifah bermesyuarat samada utk berjihad atau serah diri tetapi baginda sendiri ragu2 untuk berjihad. Penasihat negara nasihatkan untuk serah diri. Lalu Khalifah menghantar 2 wakil rasmi Khilafah (seorang Syiah dan Kristian) utk berunding dengan Hulagu Khan. Hulagu Khan menolak dan mula menyerang. Pada masa yang sama, diriwayatkan Khalifah masih sempat berseronok dan menari2!! Setelah serangan bertubi2, mula serah diri bersama 700 pembesar negara. Tetapi sampai sahaja semua sekali dibunuh kecuali Khalfah yang dibiarkan hidup. Lalu Baghdad dibakar selama berminggu2, masjid2 dibakar, Perpustakaan Darul Hikmah yang diasaskan Khalifah sebelumnya dijadikan jambatan untuk menyebarangi Sungai Tigris. Angka syahid mencecah 1,000,000 orang. Dan Khalifah dibunuh dalam keadaan paling hina, dipijak hidup2.

(gambar 3: gambaran pelukis peristiwa penahanan Khalifah al-Mustaksim)
Kerajaan Bani Abbasiyah adalah negara paling maju di dunia ketika itu seperti Amerika Syarikat pada hari ini. Mereka memiliki teknologi ketenteraan mendepani zaman, kekayaan negara yang berlebihan dan kediaman serba moden ketika mana dunia masih lagi menggunakan lumpur untuk membina kediaman. Namun, Allah tidak mengira sesiapa untuk dijadikan pengajaran untuk manusia sepanjang zaman.

Cahaya dari Mesir
Kelebihan Mesir berbanding wilayah2 Islam yang lain: Ulama’ yang ramai dan ilmu agama melata dan semangat Jihad sentiasa membara (baru mengalahkan tentera Perancis di Mansurah)

Keadaan Mesir
1. Perebutan Kuasa- Pembunuhan Izzuddin Aybak, Pembunuhan Shajar al-Durr isteri Izzuddin Aybak , Penahanan orang yang terlibat Revolusi,
2. Perpecahan Mamalik- Kelompok terbesar tentera Mesir (Mamluk Bahriyah) diketuai Zahir Baibres lari ke Syam. Manakala Mamluk Muiziyah menyokong Sultan Qutuz.
3. Masalah ekonomi

Perubahan Sultan Qutuz
1. Menstabilkan politik dalaman
2. Memaafkan Mamluk Bahriyah- memanfaatka kedudukan dan kekuatan mereka
3. Bersatu dengan Syam

Isytihar Perang terhadap Monggol
Sultan Qutuz minta pandangan pembesar Negara berperang di mana? Mereka ragu2 untuk berperang dan cenderung utk berdamai. Beliau marah dan menjawab: “Aku sendiri akan ketuai perang ini!”. Ia satu kelainan pada masa itu kerana raja-raja selalu duduk dari jauh mengarah dari jauh.Utusan yang dihantar oleh Hulagu Khan dibunuh dan digantung di pintu gerbang Bab Zuweyla di Kaherah.

(gambar 4: tentera Mamluk Mesir)
Kata2 Saifudin Qutuz yang terkenal: Siapa lagi yang tinggal untuk Islam jika bukan kita?!!”. Inilah falsafah yang hilang daripada jiwa orang Islam pada hari ini. Jika semua orang Islam begitu, nescaya tidak akan jatuh Islam selama-lamanya. Tetapi apa yang berlaku, semua orang menunggu orang lain menjadi Salahudin Ayubi atau Khalid al-Walid. Sikap menunggu orang lain mendahului dalam kebaikan akan merugikan umat Islam

Perang Ain Jalut
Berlaku di Ain Jalut, Palestin pada 24 Ramadan 658H. Kekuatan Islam ( sukarelawan petani & org2 tua, wanita & kanak2) dan berlaku bantuan Allah yang tidak disangka2 (dari kalangan Monggol):
1.Kekuatan sebenar Monggol
2.Kanan dan Kiri
3.Tentera Sorimdin Aybak bergabung
Allah telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam apa bila mereka lengkap syarat2 mendapat kemenangan.

(gambar 5: mahasiswa Al-Azhar sedang tekun berbincang)
Universiti al-Azhar adalah universiti tertua di dunia. Telah ratusan tahun melahirkan barisan ulama' yang menggerakkan umat Islam memahami hakikat Agama mereka mendepani segala isu dan permasalahan yang melanda umat Islam. Saban tahun, beratus-ratus pelajar dari seluruh dunia menghabiskan wang ringgit, perjalanan yang jauh dan meninggalkan keluarga dan kehidupan yang selesa semata2 untuk menuntut ilmu, bertukar pandangan dan berkongsi isu negara masing2 di sana. Antara nikmat Allah yang mesti disyukuri dan dihargai oleh umat Islam pada hari ini.

Sebab Kemenangan di Ain Jalut
1. Iman yg kukuh kepada Allah
2. Kesatuan orang Islam
3. Roh Jihad yg menyala-nyala
4. Persediaan yg baik utk perang
5. Ikutan yg baik
6. Membangkitkan cita-cita agung
7. Berbincang dengan betul dan merujuk alim ulama'
8. Menyerahkan urusan pada yg pakar dan layak
9. Zuhud dengan dunia

rujukan:
1. Biografi Izzuddin Abdul Salam, Dr. Ali Salabi, Terbitan Darul Jauzi, Cairo.
2. Kronoloji Tartar, Kemunculan hingga Ain Jalut, Dr. Raghib Sirgani, Terbitan Muassasah Iqra', Cairo.
3. Pahlawan Agung Islam, Muhammad Ali Qutb, Terbitan Darul Dakwah
, Alexandria.


No comments:

Post a Comment