Saturday, March 24

You Choose: Bitter or Better


Gua itu.....
Aku kenali kehidupan
Aku temui ketenangan

Gua itu....
Aku tempuhi rintangan
Aku pelajari pengalaman

Gua itu.....
Aku sampaikan rintihan
Aku tangisi kesilapan
Aku cari keampunan

Gua itu.....
Aku mulakan semula jalan
Aku sempurnakan binaan
Aku gapai redha dan tujuan

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي ، وقلة حيلتي وهواني على الناس
. يا أرحم الراحمين ، أنت رب المستضعفين ، وأنت ربي
إلى من تكلني إلى بعيد يتجهمني ، أم إلى عدو ملكته أمري
. إن لم يكن بك غضب علي فلا أبالي ، غير أن عافيتك هي أوسع لي
.أعوذ بنور وجهك ألذي أشرقت له الظلمات ، وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة،
من أن تنزل بي غضبك أو يحل على سخطك لك العتبى حتى ترضى ،
ولا حول ولا قوة إلا بك.

Ya Allah, kepadaMu ku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya Arhamarrahimin, Engkaulah Tuhan orang yang ditindas, Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini. Kepada orang asing yang akan menyerang aku ataukah kepada musuh yang menguasai aku. Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli. Namun afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur di atas nur itu segala urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku, KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali dengan petunjukMu.

masalah yang menimpa kita bukan jalan keluarnya dengan berhenti bekerja,
tetapi terus menerus menjaga ikatan yang sangat penting dalam hidup ini
Ikatan hati dengan Allah
Ikatan islamiyah sesama Muslim

kembalilah mengadu pada Tuhan
akan kau temukan jawapan
teruslah konsisten dalam kerja harian
akan kau lupakan permasalahan
jagalah hubungan sesama insan
akan kau rasai ketenangan
berhenti sebentar koreksi diri
akan menjaga kau dari penyakit hati

Ketahuilah, dakwah kita tidak kenal henti!


coretan buat diri: Cairo, 25 Mac 2012

1 comment: