Kehidupan.
Penuh dengan segala ujian yang tidak kenal henti samada berbentuk fizikal atau emosi.
Dia-lah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun (Surah al-Mulk:2)
Akhir-akhir ini saya banyak diuji oleh Allah s.w.t dalam perkara yang saya tidak pernah saya sangka dan berlaku dalam tempoh berturut-turut...Hasbiyallah wa ni'mal wakil.
Sama ada ujian fizikal jasad, ujian perasaan emosi, ujian amanah yang berat dan bermacam2 lagi. Pengalaman saya sebelum ni selalunya ia akan datang apabila ada sesuatu yang besar bakal digalas oleh tubuh saya yang kerdil dan hina ini... Bila difikir-fikir semula, mengapa? Oh, mengapa?
Jika saya mengikut sahaja nafsu dan perasaan, sudah pasti saya menyerah kerana betapa lemahnya jiwa ini.
Namun....
Alangkah indahnya hidup bertemankan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w di sisi....
Dunia yang sempit akan terasa lapang
Dada yang sesak akan kembali tenang
Jiwa yang gelisah akan terus aman
Pergantungan kepada Allah secara mutlak dengan penuh rendah diri, akan terasa teguh dan stabil. Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah.
"..Terimalah apa yang telah Allah berikan pada kamu dan jadilah mereka yang bersyukur.." (al-A'raf:144)" Sesungguhnya bisikan itu daripada syaitan untuk membuat orang beriman bersedih..." (al-Mujadalah:10)ما من عبد تصيبه مصيبة فيقول : إنا لله وإنا إليه راجعون . اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها - إلا أجره الله في مصيبته . وأخلف له خيرا منهاMana2 musibah jika menimpa seorang hamba, dia berkata: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berikan aku pahala atas musibah yang menimpaku dan gantikan bagiku perkara yang baik daripadanya- melainkan Allah memberinya pahala dan menggantikan yang lebih baik untuk dirinya (Riwayat Muslim)
Benar janji-Mu ya Allah...
"...tiada sekali-kali apa yang menimpa kami kecuali telah ditetapkan Allah utk kami.." (at-Taubah:51)"...barangkali Allah mahu membuat sesudah itu satu hal yang baru." (at-Tolaq:1)"Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan" (al-Insyirah:6)لا يصيب المؤمن من مصيبة ، حتى الشوكة ، إلا قص بها من خطاياه ، أو كفر بها من خطاياهSeorang mukmin tidak ditimpa musibah walaupun dicucuk duri kecik kecuali dipotong dari dosa-dosanya atau dihapuskan dosa-dosanya (Riwayat Muslim)"..Kesejahteraan dan berbahagialah ke atas kamu kerana telah bersabar menerima cubaan-Nya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.." (ar-Ra'ad:24)
Assalamualaikum saudara penulis.
ReplyDeleteSaya mohon untuk share post di atas, bolehkah?
boleh je
Delete