Mungkin sesetengah orang menganggap tulisan saya ini keluar daripada hakikat sebuah perkahwinan. Tulisan orang yang tidak berkahwin tidak boleh digunapakai kerana mereka hanya pandai berteori. Apa salahnya berkasih sayang dan menikmati nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya?
Tidak mengapa, saya terima teguran anda. Terus terang tulisan ini saya tujukan buat orang yang memilih untuk mengikat perkahwinannya atas asas Agama: at-tamkin li Dinillah (menegakkan kuasa Islam di dunia) supaya mereka faham halatuju jalan yang mereka ambil. Sabda Nabi s.a.w:
"Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan". (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)Tulisan saya kali ni ditujukan khusus buat anak-anak muda pendakwah bujang....
Tulisan saya kali ini sekadar renungan buat pendakwah muda yang sudah bergelar pengantin samada baru atau lama..... Moga kita tetap thabat atas Jalan yang dipilih ini...
Dari kiri: Dr.Fadil, Dr.Zaid, Ust.Syamil, Dr.Mukmin, Penulis, Ust.Abdullah Husaini, Ust.Nik Rafie dan Ust.Muhammad Ali bersama anaknya, Aisyah. Alhamdulillah, mereka di kiri dan kanan saya telah melangkah ke gerbang perkahwinan dalam usia yang muda.
Imam Hasan al-Banna ketika menggariskan matlamat terbesar umat Islam hari ini adalah menegakkan agama Allah dengan mendirikan kerajaan Islam antarabangsa yang dipimpin Khilafah, beliau juga telah meletakkan cara2 dan peringkat2 untuk mencapai cita2 tersebut yang bermula daripada individu Muslim, keluarga Muslim, masyarakat Muslim sehinggalah kepada Islam menentukan PERJALANAN DUNIA (New World Order).
Beliau telah meletakkan petunjuk yang jelas akan jalan mencapai matlamat tersebut. Pemuda Islam yang jelas halatuju hidupnya, baik budi pekertinya, bersungguh-sungguh dalam kehidupannya diikat dengan Muslimah yang samatara dengan dirinya yang dididik hasil pentarbiyahan yang berkesan. Lalu daripada rumah2 mereka, terpancar sinar Islam yang mengesani masyarakat hasil daripada teladan praktikal kepada penghayatan Islam sebenar di dalam kehidupan mereka.
"Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". (Surah an-Nur: 26)
20 April 1986- As-Syahid Abdullah Azzam ketika jihad Afghanistan melawan pencerobohan Soviet Union masih berlangsung telah menulis sebuah wasiat untuk anak-anaknya:
Sifir rumahtangga bagi pendakwah adalah semudah 1+1= 2. Sejauhmana kita mampu melahirkan seramai mungkin individu Islam yang berkualiti, sejauh itulah kita dapat melahirkan keluarga2 Islam yang berkualiti. Tugasan melahirkan individu-individu ini akan kekal berterusan sehinggalah Allah s.w.t mengangkat semula kehinaan yang ditimpakan kepada umat Islam di atas kelalaian mereka selama ini."Wahai Anak-Anakku!Sesungguhnya kalian tidak mendapatkan perhatianku kecuali sebentar. Kalian tidak memperoleh pembinaan dariku kecuali sedikit. Ya, aku tidak memberikan perhatian kepada kalian. Tetapi apa yang dapat aku lakukan sementara malapetaka terhadap kaum Muslimin membuat orang hamil melahirkan kandungannya dan musibah yang menimpa Umat Islam membuat rambut bayi-bayi beruban. Demi Allah, aku tidak rela hidup tenang sementara api malapetaka membakar kaum Muslimin. Aku tidak rela hidup di tengah-tengah kalian menikmati hidangan lazat. Demi Allah, sejak dulu aku membenci kemewahan, baik dalam pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Aku berusaha mengangkat kalian ke tingkat orang-orang zuhud dan aku jauhkan kalian dari lumpur kemewahan".
Kefahaman yang lahir daripada analisis yang mendalam terhadap sirah Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan kebenaran teori ini.Bayangkan orang sehebat Ali r.a dikahwinkan dengan sebaik-baik wanita, Fatimah r.a.h. Begitu juga pelindung Rasulullah s.a.w, Zubair al-Awwam dikahwinkan dengan Asma’ binti Abu Bakar, wanita mengandung yang telah menolong hijrah baginda s.a.w. Mereka inilah yang telah melahirkan anak-anak yang mewarisi perjuangan ibu ayah mereka. Hasan dan Husain bin Ali, Abdullah bin Zubair dan lain-lain lagi. Bahkan mereka tidak berpada dengan itu, lalu mewariskan Islam dan dakwah yang mulia ini kepada generasi tabiien seperti Ato’ Bin Abi Rabah, Said bin Jubair dan ramai lagi sehingga nikmat Islam itu sampai kepada kita di Malaysia ini.
Dengan itu, individu dan keluarga di dalam masyarakat yang diimpikan adalah tulang belakang yang berdiri di atasnya Kerajaan Islam yang kukuh dan kuat. Merekalah obor cahaya yang memandu masyarakat ketika dalam kegelapan.
Ust Sayyid Qutb telah menukilkan di dalam bukunya, Maalim fit Toriq:
"Dakwah Islam telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SAW, iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini"Beliau menambah lagi:
"Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang terang dan memang telah berlaku, mempunyai maksud-maksud tertentu yang perlu kita perhatikan dan kita renungi bersungguh-sungguh agar dapat kita menyelami rahsianya."
Sayangku, cita-cita ini jangan kita padamkan walaupun kita sudah mendirikan rumah tangga. Ingatlah sayang, Ikatan kita Ikatan Wafa'.
**wafa' bermaksud janjisetia. Bagi kamus pendakwah: Berjanjisetia untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah sehingga ke akhir hayat.
**wafa' bermaksud janjisetia. Bagi kamus pendakwah: Berjanjisetia untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah sehingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment