Kali ini tulisan saya panjang sedikit. Ia adalah monolog saya sendirian. Tulisan untuk diri sendiri...tulisan untuk cermin jiwa sendiri....siapa yang rajin nak baca sampai habis silakan.
Akhir-akhir ini dengan pelbagai himpitan yang berlaku. ditambah sedikit sebanyak perasaan sedih dan simpati terhadap saudara-saudara seakidah saya di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Mindanao, Chechnya, Somalia, Syria dan lain2. Dada saya agak sempit tersangat2. jiwa juga terasa tersepit2....
Kashmir, wilayah Islam di utara India, Asia Selatan yang terus sunyi tanpa pembelaan daripada mana-mana negara Islam. Konflik yang berterusan sejak 1947 dianggap konflik paling lama di dunia selain Palestin dalam sejarah moden hari ini. Ribuan nyawa telah melayang sejak perebutan wilayah ini antara Pakistan dan India. Airmata mereka sudah kering kerana terlalu lama menanti tangan-tangan yang menghulurkan bantuan...
Baca sejarah mereka di sini
Baca sejarah mereka di sini
Saya tidak akan lupa selama-lamanya buat nasib saudara yang ditindas di negara2 Islam. Setiap malam airmata cuba ditahan2 supaya tidak berderai menyesali apa yang saya sumbangkan untuk meringankan penderitaan mereka. Kemewahan, keselesaan dan ketenangan yang saya rasai tidak adil buat mereka kerana mereka pada setiap hari terpaksa memikirkan bagaimana mencari sesuap makanan dan cara2 untuk terus survive drpd terkorban dalam konflik yang tidak nampak hujungnya......Maafkan jika ada hari2 yang saya lalui penuh kelalaian tidak sempat mendoakan keringanan buat anda di sana
Bihest-e-Shuhdai-e-Kashmir bermaksud Syurga Para Syuhada' Kashmir adalah kubur terbesar bagi penduduk Islam yang terbunuh dalam konflik dengan kerajaan Hindu India sejak lebih puluhan tahun yang lalu. Dianggarkan wujud 500 kubur beramai-ramai di serata bumi Kashmir. (sumber: aljazeera.net/english)
Perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak semudah yang dikata. Perjuangan ini adalah pertembungan antara iman dan hawa nafsu. Tabiat iman itu susah manakala tabiat nafsu itu sukakan keselesaan dan kerehatan. Syeikh Ahmad ar-Rasyid mengungkapkan di dalam karya agungnya fikh dalam berdakwah, buku al-Muntolaq:
"Para pendakwah sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya".Oleh itu, perlu sentiasa dan berterusan kita untuk memeriksa hati-hati kita dan menutup segala ruang yang boleh membolak-balikkan hati kita daripada tarikan iman kepada hawa nafsu yang melalaikan.
Kekuatan dalaman adalah rahsia mengapa umat islam di zaman awal Islam diwajibkan bangun qiamullail sehingga bengkak2 kaki mereka. Lalu dengan rasa kasihan melihat ibadah mereka, maka Allah meringankan dan hukum bertukar sunat. Namun, Rasulullah s.a.w terus diwajibkan kerana tugas menyampaikan risalah Islam sangat2 berat. Suatu hari seorang syeikh yang saya berguru dengannya menyebut:
" Kamu adalah roh baru yang mengalir dalam jasad umat ini' Kamu adalah keazaman yang kuat dan kekuatan dalaman untuk menjayakan agenda yang besar untuk umat. Roh adalah penolak anda untuk terus berkorban, hidup untuk orang lain dan tidak sama sekali berfikir untuk berhenti beramal"
Hari ini bermacam2 cara dicuba untuk menyelamatkan iman di akhir zaman ini. As-syahid Syed Qutb pula mengungkapkan formula yang sangat menarik tentang cara2 menanamkan iman yang luar daripada kefahaman orang biasa:
"Iman yang sebenar tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya di dalam hati melainkan setelah hati ini bermujahadah melawan manusia semata-mata demi iman ini. Melawan manusia dengan membenci kesesatan dan kejahilan mereka, dan sentiasa bertekad untuk mengalihkan manusia daripada kesesatan ini kepada kebenaran dan kepada Islam. Melawan manusia dengan lisan yang menyampaikan dan menjelaskan tentang Islam, menepis segala kebatilan mereka dan menyuarakan kebenaran yang dibawa oleh Islam". ( dipetik daripada buku Inilah Islam)Beliau menambah lagi:
"Iman yang sebenar juga tidak akan mantap di hati kecuali setelah hati ini bermujahadah melawan manusia kerana secara tidak langsung ia sebenarnya telah bermujahadah melawan dirinya sendiri. Mereka selama-lamanya tidak akan memahami fenomena alam ini jika masih memerap diri, duduk dalam keadaan aman dan selesa."Perjalanan menuju kepada Allah adalah membawa hati yang suci bersih pada hari Kiamat. Oleh itu, seorang ulama' islam sering mengingatkan anak-anak muda di zamannya:
"Wahai anak muda! kefahaman lidahmu tanpa amalan hati tidak akan membawa engkau kepada kebenaran walaupun selangkah. Sesungguhnya perjalanan ini adalah perjalanan hati" (al-Kailani)Perjalanan ini tidak kenal henti. Imam Ahmad ketika ditanya oleh anak-anak muridnya, mengapa tidak beliau menyerah sahaja kepada tuntutan penguasa supaya dapat berehat sebentar daripada seksaan yang dahsyat kerana mereka terlalu kasihan melibat tubuh gurunya yang lunyai menjawab:
"Anakku, rehatku hanya apabila aku pasti salah satu kakiku ini berada di dalam syurga"
Facebook adalah fenomena yang sangat2 merugikan generasi muda Islam. Menurut kajian Institut Sosial Malaysia (ISM), 60,000 pelajar 12 hingga 18 tahun ketagih FB hingga menghabiskan sekurang-kurangnya 4 jam sehari melayari laman sosial tersebut. Berapa ramai pendakwah bermudah-mudah dalam hubungan sosial tanpa sempadan ini? Mereka sendiri membuka ruang untuk syaitan menganggu gugat hati-hati mereka agar terus lalai daripada agenda yang besar.
Coretan berupa nasihat saya kepada diri sendiri dan semua orang yang berusaha siang dan malam bekerja keras menyampaikan agenda Islam kepada masyarakat terutama buat pemuda pemudi yang bergelora jiwanya:
1. Tutuplah ruang yang boleh membolak-balikkan hati kita daripada tugasan besar. Berhati-hatilah dalam menggunakan laman sosial yang membuka seluas-luas ruang perkenalan dengan bukan muhrim tanpa asas syarak. Jika anda sudah terjebak, rawatannya sangat sukar dan memerlukan masa yang lama sedangkan umat sedang menanti kemaraan anda semua
2. Jagalah hubungan kita dengan Allah s.w.t dengan menjaga sepenuhnya amal-amal harian seperti tilawah al-Quran, zikir pagi dan petang, solat jemaah dan bangun malam mengikut kemampuan masing2.
3. Berusahalah menyampaikan Islam melalui apa sahaja medium dan cara yang ada. Janganlah menyempitkan penyebaran Islam melalui cara-cara tentu sahaja.
4. Usah membanding diri kita dengan orang lain. Setiap orang diberi kemampuan yang berbeza2 sesuai dengan diri mereka. Berusahalah sedaya mungkin dalam kemampuan kita dan bidang kita. Allah menilai usaha yang anda lakukan bukan hasil yang kita raih.
Abu Mujahid, Cairo, Mesir
11/10/2011
1. Tutuplah ruang yang boleh membolak-balikkan hati kita daripada tugasan besar. Berhati-hatilah dalam menggunakan laman sosial yang membuka seluas-luas ruang perkenalan dengan bukan muhrim tanpa asas syarak. Jika anda sudah terjebak, rawatannya sangat sukar dan memerlukan masa yang lama sedangkan umat sedang menanti kemaraan anda semua
2. Jagalah hubungan kita dengan Allah s.w.t dengan menjaga sepenuhnya amal-amal harian seperti tilawah al-Quran, zikir pagi dan petang, solat jemaah dan bangun malam mengikut kemampuan masing2.
3. Berusahalah menyampaikan Islam melalui apa sahaja medium dan cara yang ada. Janganlah menyempitkan penyebaran Islam melalui cara-cara tentu sahaja.
4. Usah membanding diri kita dengan orang lain. Setiap orang diberi kemampuan yang berbeza2 sesuai dengan diri mereka. Berusahalah sedaya mungkin dalam kemampuan kita dan bidang kita. Allah menilai usaha yang anda lakukan bukan hasil yang kita raih.
Abu Mujahid, Cairo, Mesir
11/10/2011
No comments:
Post a Comment