Hati saya menjerit:
Ini sudah lebih! Ini celaru! Ini mengarut sangat dah!
Saya tak boleh dah tahan melihat kes demi kes yang menggadai prinsip Islam yang berlaku hari demi hari di Malaysia. Lepas satu, datang satu lagi...
"Bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)". (Surah Munafiqun: 9)
Saya sebagai penuntut Pengajian Islam di Universiti al-Azhar hanya mampu mengucapkan: Inna lillah wa inna ilaihi rojiun ( Kita semua milik Allah dan kepada-Nya kita kembali) bila melihat "Ustaz" ni. Matlamat hidup seorang muslim adalah ubudiyah (ketundukan) total kepada Allah. Mengembalikan hakimiah (Pemilik Kuasa) kepada Allah sebagai al-Hakim (Penggubal Kuasa) yang SATU dan MUTLAK dalam dunia ni. Bagaimana hakimiah Allah boleh tertegak dengan berjuang bersama DAP?! Apakah tiada wadah atau parti Islam lain untuk menegakkan Agama?
Haji Azhari bin Ismail merupakan seorang veteran DAP, mempunyai lulusan Pengajian Syariah dan pernah bertanding menentang bekas Menteri Kesihatan MCA Datuk Chua Jui Meng pada PRU 2004 di Parlimen Bakri, Johor. Kini beliau bergiat aktif membantu warga bandaraya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Bintang. Ikuti wawancara bersama beliau di sini
1) Muslim yang menyembunyikan imannya ketika mendengar kedegilan Firaun menerima dakwah Nabi Musa lalu dengan beraninya berkata
Dan seorang lelaki yang beriman antara pengikut Firaun, yang menyembunyikan imannya, berkata: "Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia mengatakan: Tuhanku ialah Allah,’ padahal dia telah datang kepadamu dengan keterangan daripada Tuhanmu? Dan jika dia seorang pendusta, maka atasnya kedustaannya itu, dan jika dia yang benar, nescaya akan menimpa kamu sebahagian daripada apa yang diancamkannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak membimbing orang yang melampaui batas lagi pendusta. Wahai kaumku! Bagi kamu kerajaan pada hari ini, berkuasa di bumi. Maka siapakah yang akan menolong kita daripada seksaan Allah jika ia datang kepada kita?" (Surah Ghafir:28-29)
2) Muslim yang berlari dari hujung bandar menyeru penduduknya menyahut seruan 3 orang utusan Allah bila sahaja mendengar kaumnya mendustakan mereka.
"Datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Ikutlah Rasul-rasul itu.Ikutlah orang-orang yang tidak meminta daripada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat petunjuk.Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima seruan mereka? Maka jawabnya): Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan aku, dan yang kepada-Nyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)". (Surah Yasin:21-25)
Bilamana seorang Muslim berijtihad dalam hidupnya berpandukan nas yang qatie (dalil yang disepakati Ulama' spt Quran, hadis, ijmak ulama' dan qias) dan nas yang zonni (dalil yg tak disepakati spt istihsan, masolehul mursalah etc) saya boleh menerimanya dan saya berlapang dada dengan mana2 gerakan Islam termasuk PAS yg bertindak begitu dalam tahaluf siasi mereka (dengan penuh berhati2 dan dasar nasihat atas Agama). Semoga Allah memberi anda pahala atas ijtihad tersebut. Tetapi bila seorang Muslim hanya berpandukan akal & logik dan menggunakan nas2 syarak selepas itu bagi menghalalkan tindakannya, sebagai seorang Muslim saya tidak boleh menerimanya. Akhir kata, tolak orang Islam yang masuk DAP.
"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik (kebenaran) adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit". (Surah Ibrahim:24)
Ustaz Syed Qutb memberikan komentar beliau mengenai ayat di atas:
Sesungguhnya kalimah yang batil seperti pohon yang buruk. Kelihatan hidup, besar dan menarik. Lalu sebahagian manusia menyangka bahawa pohon ini lebih besar daripada pohon yang baik bahkan lebih kuat. Tetapi hakikatnya ia masih rapuh biarpun terus berakar umbi di dalam tanah. Ia hanya menanti ketika sebelum tercabut dari bumi kerana tidak stabil dan tidak kekal (Fi Zilal Surah Ibrahim)
Seorang lagi Melayu Islam yang memilih untuk menegakkan "keadilan Islam" yang difahaminya bersama DAP. Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP. Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu. Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.
Cara Fikir Masa Kini
Saya melihat trend sekarang dalam politik Malaysia adalah tumbangkan "kezaliman" bagi definisi mereka & apa kesudahan atau natijah selepas itu, itu cerita lain & lain kali punye citer.
Fikh mengenai mengenai tumbangkan kezaliman dengan apa jua cara tanpa memikirkan secara serius natijah apa yang bakal terjadi pada masa depan Islam dan umatnya masih dalam kajian saya. Masih mencari istidlal syarie (nas2 syarak) dan fikh ulama' dalam bab ini.
Disebabkan fikh ini yang berleluasa di kalangan umat Islam di Malaysia, bagi saya ia antara faktor mengapa orang Islam melihat tiada masalah menegakkan kebenaran bersama DAP!
Pegangan Saya setakat ini
Namun, saya masih belum mejumpai istidlal (dalil2 syarak) yang membuat saya tenang. Oleh itu, sehingga hari ini pegangan saya adalah seperti yang dijelaskan As-Syahid Syed Qutb di dalam tulisan beliau, Maalim fi Toriq:
Barangkali ada pula orang berkata: Bahawa Nabi Muhammad SAW boleh menjalankan dakwah reformasi untuk memperbaiki keadaan masyarakat supaya dapat meninggikan tingkatan moral dan membetulkan sendi-sendi perjalanan masyarakat itu serta kemurnian jiwa para anggotanya.Orang lain pula mungkin berkata: Bahawa pada ketika itu Rasulullah boleh mendapatkan beberapa orang tertentu yang telah dirosakkan oleh masyarakat itu, lalu membimbing mereka menyahut seruan reformasi itu, seperti yang kerap dilakukan oleh tokoh-tokoh reformasi lainnya.Mungkin ada pula pendapat lain yang mengatakan kalaulah Rasulullah SAW berbuat seperti itu nescaya beliau akan disambut dan disanjung oleh sebahagian besar orang yang masih suci moral dan jiwanya, dan dengan demikian itu tambah mendekatkan penerimaan seruan akidah yang dipeloporinya daripada dicetuskan seruan LA ILAAHA ILLALLAH itu, yang ternyata telah mendapat tentangan hebat sejak dari mula lagi.Tetapi Allah SWT Maha Mengetahui bahawa itu bukanlah jalannya. Maha Mengetahui bahawa moral dan akhlak yang baik itu tidak akan dapat tegak melainkan di atas asas akidah yang membuat pertimbangan-pertimbangan, dan menetapkan nilai-nilai, seperti juga akidah itulah menetapkan kuasa yang menjadi tempat tegaknya pertimbangan dan nilai itu, dan balasan atau ganjaran yang dimiliki oleh setiap kuasa itu ke atas orang yang patuh atau melanggarnya.Sebelum akidah itu diterapkan dan sebelum kuasa itu ditegakkan, maka nilai-nilai itu menjadi goyang dan tak tetap. Begitu jugalah moral dan akhlak yang didirikan di atas nilai-nilai yang goyang akan menjadi goncang dan rapuh; tiada panduan, tiada ganjaran dan tiada kuasa apa pun.
Menjatuhkan kezaliman dahulu tanpa mengambil kira selepasnya,sama seperti apa yang berlaku di iraq,di mana selepas kejatuhan saddam,akhirnya yang mengambil negara bukanlah puak sunni atau kurdish,bahkan puak syiah yang dominasi dan akhirnya menutup jalan bagi kawan-kawan 'sepenentangan saddam' untuk menjalankan agenda keadilan dan islah mereka di iraq berikutnya.wallahualam
ReplyDeletebismillah..
ReplyDeletealhamdulillah, tulisan dan lontaran idea yg baik.. namun, untuk menghukum itu pada pndgn saya yg sgt kurang ilmu ini amat tidak wajar.. siapa tahu di situ ada agenda dakwah yg mahu dilaksanakan? siapa tahu hatinya lebih ikhlas dan tenang bila bersama kelompok tersebut? siapa tahu hikmah yg Allah sediakan buatnya dengan penyertaannya itu? maha suci Allah yang pengetahuan-Nya melebihi kita berganda-ganda.. apa-pun, doakanlah yang terbaik.. terbaik menurut kehendak-Nya...bravo~!