"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi orang yang berfikir). (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah! Lindungilah kami daripada azab neraka". (Ali Imran: 190-191)
12 januari 2012. Allah selalu mengajar diri saya supaya memandang satu perkara secara luas. Celikkan mata dan belajar satu perkara dari sesuatu peristiwa. Lebih kurang macam teguran direct from Him dalam hidup ni.
Saya baru selesai exam paper Hadis Mauduie (subjek membincangkan sesuatu isu dalam kehidupan manusia dengan hanya menjadikan Hadis Nabi sebagai dalil perbahasan. cth: Isu Pendidikan di dalam Islam. So, segala macam hadis Nabi s.a.w berkaitan pendidikan akan dibahaskan). Hadis adalah sumber rujukan kedua umat Islam selepas Quran. So, sebagai mahasiswa Pengajian Islam, semestinya kemampuan mereka menguasai sumber ini yang menentukan kuat atau rapuh ilmu mereka.
Paper hari ini memang mencabar dan benar2 menguji part kekuatan hafalan saya semata2. Dengan izin Allah, jika soalan meminta dalil2 al-Quran akan lebih mudah bagi saya. Tetapi 70% soalan kali ini meminta para pelajar memberikan matan2 (teks) Hadis untuk isu2 yang dibahaskan. Saya sudah menjangkakan soalan berbentuk begini akan keluar tapi tidaklah peratusannya setinggi 70%. So, hari ini memang menguji kami di Tahun 4 ni. Tajuk perbahasan pula bukan calang2 tajuk tapi tajuk yang saya kurang berinteraksi dengannya sebelum ini. "Isu2 Utama Wanita di dalam Islam". So, hadis2 sudah tentu berkaitan dengan wanita from A to Z. Oleh kerana itu saya rasa sangat sukar kerana terpasksa menghafal perkara yang baru dalam jumlah yang bukan sedikit.
Ketika di dewan peperiksaan, saya memerhatikan teman2 saya berkerut dahi mereka melihat soalan. InsyaAllah ustaz2 semua. Pasti antum dimudahkan Allah. Jangan risau, ceriakan wajahmu :)
Di dalam bidang hadis, pengelasan taraf seseorang ulama' di dalam Islam adalah berdasarkan berapa banyak hadis yang mereka hafal kerana mereka bertanggungjawab mengeluarkan sesuatu hukum.
Muhaddis: orang yang mahir dengan hadis dan menghafal kurang daripada 100,000 hadis.Al-Hafiz: Menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya.Al-Hujjah: Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300,000 buah hadis termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya.Al-Hakim:Mengetahui segenap hal berkenaan hadis, menghafal lebih daripada 800,000 buah hadis.Amirul Mukminin fil Hadis: Darjat tertinggi di kalangan ahli hadis. Menguasai semua hadis dan segala cabang ilmunya. Tidak ramai ulama' mencapai taraf ini antaranya Imam Syukbah al-Wardi, Imam Malik, Imam Bukhari dan Ibnu Hajar al-Asqalani.
Alangkah jauhnya diri kita dalam mencapai taraf begini. Mahasiswa Pengajian Islam mesti berusaha menghafal dan menghafal kerana inilah kerja asasi anda di sini. Jauhkan masa lapang kita dari terisi dengan perkara2 yang kita sendiri tahu baik buruknya.
Pengajaran No. 1: Hafalan perlu sentiasa diulang2 dan dijaga daripada hilang. Jika tidak ia akan berkarat. Bila sesuatu alat berkarat, sangat sukar menjalankan fungsinya.
Pengajaran No. 2: Tips saya yang boleh dikongsikan: Rajin mengulang + Jauhi dosa = Kuat Ingatan. Teringat jawapan ustaz saya ketika di maahad tahfiz dulu, Ustaz Abdul Muhaimin ketika ditanya dalam kuliah mingguan beliau:
Adakah makan kepala ikan akan membuatkan kita pelupa?
Jawapan dia spontan tetapi mendalam:
Kita lupa bukan sebab makanan tapi sebab tengok peha nyonya.
**baru2 ni, saya dan kawan2 lepas kepenatan kerja2 seharian pergi berjalan2 di salah satu tempat istirehat yang menarik di Mesir. Bila kami selesai dan ingin pulang, tiba2 terdengar bacaan al-Quran dari sebuah kedai di situ.
"Wahai orang yang beriman! Mengapakah (keadaan) kamu, jika dikatakan: “Pergilah kamu (berjihad) pada jalan Allah,” kamu rasakan (keberatan seolah-olah) badan kamu terikat pada bumi? Apakah kamu lebih (merasakan) puas dengan dunia daripada akhirat? Maka tidaklah kesenangan kehidupan dunia ini (berbanding kesenangan) dalam akhirat kecuali sedikit." (Taubah:38)
Saya dan teman tergelak (bukan kerana memperlekeh). Tapi betapa Allah memberitahu bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kepenatan dan mengeluarkan keringat. Ya, kerehatan kita hanya di sana......Terima kasih ya Allah!
No comments:
Post a Comment